KDNK merudum, apa tindakan kerajaan PH ?

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa tindakan Putrajaya selepas kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku terakhir 2019, paling perlahan sejak suku ke-2 2016.

Kadar KDNK adalah sangat buruk. Suku ke-4 pada 2019 adalah sangat rendah iaitu pada kadar 3.6% dan pertumbuhan penuh pada 2019 adalah 4.3%. Ini adalah pertumbuhan yang paling perlahan dalam tempoh 10 tahun, jatuh daripada 4.7% pada 2018.

Kelak, kita akan hadapi masalah pada suku pertama pada 2020 disebabkan pengeluaran minyak sawit yang rendah dan masalah wabak koronavirus. Azmin Ali dan Lim Guan Eng perlu jelaskan apakah tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Bank Negara berkata wabak koronavirus, yang mulai hari ini dinamakan Covid-19, akan memberi kesan pada pertumbuhan keluaran dalam negara domestik bagi suku pertama 2020.

Gabenornya, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata wabak itu yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa akan memberi kesan pada industri pelancongan, termasuk perbelanjaan ke atas hotel, runcit, pengangkutan, dan restoran.

Ekonomi negara pada tahun lalu bertumbuh pada kadar 4.3%. Pada 2018, ia berada pada 4.7%. Bagi suku ke-4 2019, ekonomi bertumbuh 3.6%, yang terendah sejak suku ke-3 2009.

Sebelum ini, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8% tahun ini.

Lebih memburukkan lagi keadaan dengan kejatuhan harga minyak dunia.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker