Hospital Sungai Buloh Bakal Bertukar Semula Ke Status Hibrid – Khairy

Hospital Sungai Buloh Bakal Bertukar Semula Ke Status Hibrid – Khairy

Hospital Sungai Buloh (HSB) dijangka bertukar kepada status hibrid dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan perkembangan dan pemantauan terhadap penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jelasnya lagi, usaha tersebut dilaksanakan bagi membolehkan hospital itu merawat kes-kes selain COVID-19 yang tertangguh sebelum ini.

“Kita harus melihat kepada kemasukkan hospital kes-kes COVID-19 terdahulu dan buat masa ini meskipun kes-kes kemasukkan meningkat namun majoriti kepada kes berkenaan tidak memerlukan rawatan ICU, hanya ‘step-down care’, dan rawatan.

“Jika kita lihat ini berterusan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, kita boleh tukar semula status Hospital Sungai Buloh (daripada hospital COVID-19 sepenuhnya) kepada hibrid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di HSB pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Bahagian Kejuruteraan KKM, Tauran Zaidi Ahmad Zaidi dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Prem Singh.

Untuk rekod, HSB ditukar status daripada hibrid kepada hospital penuh COVID-19 sejak pandemik bermula.

Sementara itu, Khairy berkata projek MRI yang dirasmikan itu menelan belanja RM7.5 juta melibatkan naik taraf peralatan dan sistem terkini bagi menggantikan peralatan lama yang telah berusia 17 tahun.

Katanya, bagi projek naik taraf di lapan wad PKKN itu juga dapat membantu menampung pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan oksigen pada masa ini.-AA

Hospital Sungai Buloh Bakal Bertukar Semula Ke Status Hibrid – Khairy

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker