Amy buka mulut mengenai persengketaan Search

Amy buka mulut mengenai persengketaan Search

Penyanyi otai rock, Amy Search mendakwa, sikap tidak profesional dua gitaris Search, Din dan Kid menjadi punca dia mengundurkan diri dan akan terus menggunakan nama kumpulan ikonik legenda itu untuk barisan baharu yang turut dianggotai Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal.

Buat kali pertama membuka mulut membicarakan isu persengketaan yang berlaku selepas sekian lama mendiamkan diri, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 63, mengakui kesabarannya tidak mampu dibendung selepas berlaku insiden kemuncak kepada segala kekecewaan terhadap dua gitaris itu.



“Bukan saya menjadi punca terhadap segala kontroversi berlaku, merekalah pencetus. Cuma, sebelum ini, saya mengambil sikap mendiamkan diri.

“Namun, sebagai manusia, kesabaran saya tetap batasannya. Sejujurnya, saya sudah tidak boleh tahan dengan kerenah mereka yang disifatkan keterlaluan.

“Gagal hadir latihan dan sesi promosi album serta konsert sudah menjadi perkara biasa. Bayangkan, ketika rakaman album Katharsis, Din tidak menghabiskan rakaman.

“Perbuatannya jelas menggambarkan betapa Din tidak hormat penerbit album iaitu Datuk M Nasir dan anggota Search lain termasuk individu melabur pembikinan album, Datuk Zarol.



“Saya bukan tidak matang seperti yang didakwa, tetapi saya sudah bosan melayan kerenah Din dan Kid yang lebih banyak menyusahkan,” dakwa Amy secara eksklusif kepada HIP.

Tambah Amy, paling membuatkannya bengang apabila Din atau nama sebenarnya, Noordin Mohd Taib memberikan alasan tidak masuk akal mengenai kehilangannya ketika sesi rakaman album Katharsis.

“Datuk Zarol minta kami menyelesaikan pembikinan album dengan segera disebabkan kos dikeluarkan melebihi bajet asal. Namun, apa yang berlaku kelibat Din langsung tidak kelihatan dari jam 6.30 petang sehingga lewat malam.

“Apabila ditanya, Din memberikan alasan keadaan studio sudah gelap membuatkannya memutuskan pulang. Adakah anda rasa jawapan diberikan cukup matang untuk pemuzik sepertinya,” luah Amy dalam nada kesal.



Bapa aktres dan pengacara, Nabila Huda itu berkata, konflik dalaman Search timbul disebabkan campur tangan pihak ketiga yang cuba ‘menunggang’ nama Search demi kepentingan peribadi.

“Tindakan pihak ketiga ini mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan netizen terutama peminat Search. Sebagai band berpengalaman selama 40 tahun, kami amat terbuka dalam soal perniagaan.

“Susulan itu, saya dan Nasir berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan Search daripada jatuh ke tangan pihak yang tiada kena mengena.

“Saya akui, mereka sibuk merancang ‘merampas’ Search pada awal 2021, namun perancangan Allah SWT lebih hebat,” katanya.



Amy berkongsi, dia terpanggil bertemu Nasir selepas kerap memujuknya kembali ke pangkuan Search.

“Perjumpaan penuh makna ini dipenuhi dengan perbincangan mengenai keadaan Search ketika itu.

“Saya menuntut beberapa syarat jika mahu saya kembali. Antara syarat, Search harus kembali ke pangkal jalan iaitu bersama anggota asal yang pernah bersama sejak 1981 demi meneruskan legasi Search.

“Jujurnya, saya bahagia bersama barisan anggota asal Search ini,” tegas Amy.



Ditanya adakah kemungkinan konflik tercetus akan berakhir, Amy mengakui perkara itu agak mustahil untuk berlaku selagi Din dan Kid terus membangkitkan soal hak yang tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kontroversi ini tidak akan berakhir selagi Din dan Kid terus membangkitkan isu hak, sedangkan saya sendiri tidak pernah buka mulut mengenai soal hak atau mempertikaikan hak orang lain. Ini kerana segala hasil kerja Search adalah hak bersama, selama ini.

“Jadi, apabila mereka asyik bercerita soal hak, saya lebih selesa mendiamkan diri. Mereka bukan tidak tahu, sebenarnya ia adalah hak bersama. Hak saya, arwah Yazit, Nasir dan sesiapa sahaja yang terbabit atas nama kumpulan ini,” tegasnya.

Sementara itu, pemain bass Search, Nasir turut mempersoalkan tindakan dua beradik itu yang terus menggunakan nama Search untuk meneruskan survival dalam bidang seni.



“Merujuk dua bekas anggota yang menggunakan nama Search nyata mereka masih bergayut pada jenama Search.

“Din dan Kid tidak yakin dengan kemampuan diri. Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka mahu membolot Search bersama pihak ketiga.

“Mereka berbohong dan merosakkan jenama yang pernah berpayung. Saya harap Din dan Kid sedar apa yang dilakukan.

“Search hanya satu. Selain itu, hanya Search palsu,” dakwa Nasir.

Terdahulu, Search diasaskan Allahyarham Yazit di Johor Bahru pada 1981. Bermula sebagai kumpulan kugiran kelab The Red Rooster di Kuala Lumpur.

Nama Search tercetus menerusi program dokumentari In Search Off dicadangkan oleh Hillary. Namun, perkataan ‘in’ dan ‘off’ dibuang, hanya kekalkan Search. BH

Amy buka mulut mengenai persengketaan Search


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker