Mira Filzah nak bantu suntik semangat calon SPM fokus akademik

Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan, berbakat dan santun, pengacara dan pelakon popular Mira Filzah antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai beauty with brain.

Dia yang pernah menjadi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 optimis mahu menyuntik semangat pelajar tingkatan lima untuk lebih fokus dalam akademik.

Dengan apa yang diraih selebriti itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon pusat tusyen PTTI yang memberi tumpuan membantu pelajar SPM mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana berkata, Mira mendukung aspirasi untuk membantu lebih ramai pelajar mendapatkan keputusan terbaik dalam SPM.

“Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta kejayaan dengan terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan akademik,” katanya dalam satu kenyataan.

Siti Farhana berkata, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mempunyai aura dan impak besar, justeru tanpa sedar figura seni terkenal itu memberi inspirasi kepada pelbagai golongan.

“Perkahwinannya baru-baru ini juga tular. Ada saja cerita perkahwinannya yang dikongsi di media sosial. Pendek kata, Mira mempunyai aura dan impak besar.



“Dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni, kita turut mahu lebih ramai lagi pelajar SPM berjaya sepertinya.

“Kita mahu lebih banyak kisah kejayaan SPM diraih kelak juga tular. Peranannya sebagai ikon juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar,” katanya.

Ditubuhkan 2016, PTTI berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker