3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS

3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS

VERMONT: Tiga pelajar Palestin yang menuntut di kolej Amerika Syarikat (AS) ditembak malam Sabtu lalu di Burlington, Vermont dan kini sedang menerima rawatan.

Menurut catatan Facebook ‘Ramallah Friends School’ semalam, tiga pelajar itu ditembak dalam serangan berhampiran Kampus Universiti Vermont, disyaki ditembak seorang suspek.



Mereka ialah Hisham Awartani, pelajar Universiti Brown di Rhode Island; Kinnan Abdel Hamid, pelajar Kolej Haverford di Pennsylvania dan Tahseen Ahmed pelajar Kolej Trinity di Connecticut.

Menurut pihak kolej, kesemua mangsa selamat dengan tahap kecederaan berbeza.

“Kami mendoakan keluarga mereka tabah dan mereka segera sembuh terutama kepada Hisham yang cedera teruk akibat ditembak di belakang badan, Tahseen di dada sementara Kinnan cedera ringan,” menurut catatan Facebook itu.

Dua daripada mangsa terbabit adalah warga AS manakala seorang lagi adalah pemastautin sah AS dan difahamkan, dua daripada mereka memakai keffiyeh serta bertutur dalam bahasa Arab apabila diserang.



Ketua Polis Burlington, Jon Murad, berkata pegawai menerima panggilan mengenai tembakan kira-kira jam 6.30 petang waktu tempatan dan mendapati dua orang cedera di satu lokasi berhampiran kampus universiti dan tembakan ketiga di lokasi berdekatan.

“Dalam keadaan sekarang, tidak dapat dinafikan kes ini berunsur perkauman dan satu jenayah didorong oleh kebencian.

“Saya sudah menghubungi pasukan penyiasat dan pendakwaan Persekutuan sebagai persediaan menghadapi kes ini dan kita kini menumpukan usaha memberkas suspek,” katanya dalam satu kenyataan.



Tanpa memperincikan mengenai identiti mangsa, polis berkata dua mangsa dirawat di tempat kejadian dan kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Vermont oleh pihak bomba dan polis membawa mangsa ketiga ke pusat perubatan sama.

Mengikut kenyataan sama, setakat ini polis belum mengenal pasti atau menahan penembak.

Tembakan itu berlaku ketika AS menyaksikan lonjakan dalam insiden Islamofobia dan anti-Yahudi termasuk serangan ganas serta gangguan dalam talian, sejak konflik Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober lalu.

Semalam, Jawatankuasa Anti-Diskriminasi AS-Arab, sebuah pertubuhan advokasi yang berpangkalan di AS, dalam kenyataan menggesa penguatkuasaan undang-undang negeri dan Persekutuan untuk menyiasat kes tembakan itu sebagai jenayah kebencian.



“Lonjakan dalam sentimen anti-Arab dan anti-Palestin yang dialami sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini satu lagi contoh kebencian itu bertukar menjadi ganas,” kata Pengarah Eksekutif Nasional ADC, Abed Ayoub. BH

3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker