MYAirline mungkin beroperasi semula, kakitangan terus bekerja

MYAirline mungkin beroperasi semula, kakitangan terus bekerja

Operasi MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang digantung serta merta berkuat kuasa hari ini berkemungkinan akan disambung semula, pada ketika kakitangan syarikat itu terus diarahkan bekerja seperti biasa, kata seorang sumber yang rapat dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Sumber itu berkata, tempoh penggantungan dijangka tidak akan mengambil tempoh waktu yang lama, menunggu usaha selanjutnya untuk meneruskan operasi syarikat penerbangan yang baru beroperasi selama 10 bulan itu.



“Mungkin sekejap (operasi penerbangan digantung sementara) kerana ada usaha pemulihan sedang berjalan,” katanya kepada BH.

Ketika ditanya mengenai nasib kakitangan syarikat terbabit, sumber itu berkata mereka masih terus bekerja seperti biasa ketika ini, namun sudah mendapat mendapat notis bekerja dari rumah sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Beliau berkata, arahan itu membabitkan semua kakitangan MYAirline di ibu pejabat, lapangan dan penerbangan.

“Semua ketika ini bekerja dari rumah sehingga satu tempoh waktu yang akan diberitahu kelak. Operasi pekerjaan masih seperti biasa dan tiada notis pemberhentian atau cuti tanpa gaji dan sebagainya,” katanya.



MYAirline dalam satu kenyataan mengejut awal pagi tadi mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu dalam kenyataan berkenaan memaklumkan keputusan penggantungan dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.



“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.

“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.



“Kami sekali lagi mengulangi permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” menurut kenyataan itu.

Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi [email protected] untuk mendapatkan bantuan sokongan.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

Lembaga Pengarah MYAirline terdiri daripada Pengasas Bersama yang juga pemegang saham terbesar, Datuk Allan Goh Hwan Hua bersama anak lelakinya, Sean Goh Tze Han; bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman; bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Abd Hamid Mohd Ali; Teo dan Pengarah Trillion Cove, Jothi Prakash Murugan.



Pesawat pertamanya mula diterima pada Julai 2022, Airbus A320 (9M-DAC) yang dipajak daripada Aircastle Limited dan menerima Sijil Pengendali Udara pada 27 September 2022 serta Lesen Perkhidmatan Udara pada 15 November 2022 daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Lesen yang diberikan membolehkan MYAirline mengendalikan perkhidmatan penumpang dan kargo. BH

MYAirline mungkin beroperasi semula, kakitangan terus bekerja

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker