Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang

Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang

TANJUNG MALIM: Polis sedang mengesan pemandu treler dipercayai menyebabkan 14 batang tiang elektrik tumbang dan dawainya putus di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River di sini.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superitenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi semalam sempat dirakam oleh seorang saksi di lokasi kejadian.

Menurut beliau, kejadian itu disedari selepas anggota Balai Polis Slim River yang membuat pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di jalan tersebut pada pukul 8.30 pagi.

“Anggota polis ternampak beberapa tiang elektrik telah terbalik dan pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 14 tiang telah terbalik.

“Tiang dipercayai tersangkut pada sebuah treler yang melalui Jalan Ahmad Boestaman hadapan Maybank Slim River yang mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, temu bual saksi mendapati kejadian berlaku pukul 6.30 pagi apabila sebuah treler yang dipandu seorang lelaki bersama dua kelindan melalui jalan tersebut.

“Treler tersebut mahu keluar semula ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh dan pemandu tidak sedar kontena treler tersangkut pada dawai elektrik hingga menyebabkan beberapa tiang tumbang dan dawai terputus.

“Usaha untuk mengesan pemandu lori sedang dijalankan disebabkan pemandu telah meneruskan perjalanan selepas kejadian dan tindakan saman akan diambil,” katanya. Utusan

Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker