Peniaga nasi ayam claypot serah kepada Allah, dah penat

Peniaga nasi ayam claypot serah kepada Allah, dah penat

Peniaga nasi ayam claypot yang tular meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun dilanda kontroversi berkenaan status halal operasi perniagaannya yang diusahakan sejak 28 tahun lalu.

Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48, berkata, sejak isu itu tular, perniagaan berjalan seperti biasa, namun berdepan sedikit masalah susulan kekurangan staf.



Menurutnya, susulan itu dia agak sibuk apabila terpaksa menguruskan sendiri perniagaan sementara menunggu pekerja daripada agensi tiba.

“Saya penat, saya minta maaf, saya serahkan semua ini (isu status halal) kepada Allah SWT.

“Sekarang kedai kurang staf tapi perniagaan jalan seperti biasa. Saya sudah mohon kepada agensi tapi pekerja belum sampai lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas operasi perniagaannya selepas tular berkenaan status halal makanan dijualnya.



Nasi ayam claypot diusahakan Ahmad Muzakin bersama isteri sebelum ini tular didakwa menggunakan wain beras dalam penyediaan makanan tersebut.

Susulan penularan isu tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan operasi kedai terletak di Sri Petaling itu tidak memiliki sijil halal daripada pihak autoriti.

Jakim turut menasihati pengguna Muslim untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dengan semakan status halal premis makanan boleh dibuat di Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.

Sementara itu, memetik laporan sebuah akhbar, Ahmad Muzakin mengakui premisnya tidak memiliki sijil halal tetapi yakin bahan masakan yang digunakan bukan bahan terlarang atau haram.



“Kedai saya memang tiada sijil halal daripada Jakim, tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama.

“Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan.

“Dua botol itu adalah minyak bijan cuma saya akui kilang itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.

“Kalau kata saya masukkan bahan terlarang itu dalam botol minyak bijan, itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi jadi macam mana saya masukkan bahan itu.



“Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal,” katanya menurut laporan akhbar tersebut pada Selasa.

Menurut laporan akhbar sama, Ahmad Muzakin yang mempunyai lesen perniagaan secara sah dalam perancangan membuat permohonan sijil halal Jakim dan akan mengikuti kursus berkenaan pada Khamis ini. Sinar

Peniaga nasi ayam claypot serah kepada Allah, dah penat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker