Pengerusi Barisan Nasional: MIC bersama daftar PN

TANJUNG MALIM – MIC antara parti yang bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam jawatankuasa pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudah pun mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, BN tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu kerana PN memang perlu didaftarkan.

“Memang setakat ini maklumat yang saya peroleh MIC salah satu parti yang turut mendaftarkan PN bersama-sama Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta Bersatu. Ini tak jadi masalah setakat ini kerana PN harus didaftarkan.



“Sama ada kita mahu menggunakan lambang PN atau sebaliknya, pendirian UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita tetap guna lambang BN untuk menjadi simbol calon,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Pengundi India di Bilik Gerakan Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Kampung Baru Slim, Slim River di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat lima parti termasuk komponen BN menyertai pendaftaran rasmi PN sebagai sebuah gabungan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker