Kes Loh dan anak islam, bekas Menteri ‘Rahmatan Lil Alamin’ bersuara

Seorang bekas Menteri Hal Ehwal Agama menggesa semua pihak bertenang dan berhenti cuba menjadi “juara” dalam kes penukaran agama sebelah pihak membabitkan tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan berkata, tumpuan mesti diberikan kepada penyelarasan undang-undang persekutuan dan negeri.

Beliau berkata, Menteri Hal Ehwal Agama perlu memainkan peranan utama melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil untuk menyelaraskan undang-undang.



Ahli Parlimen Parit Buntar itu memberi contoh Terengganu dan Selangor yang meminda undang-undang negeri bagi mengelakkan konflik dengan undang-undang persekutuan.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin mempertahankan pengislaman tiga anak Loh tanpa persetujuannya dan berkata, di bawah undang-undang negeri, sama ada bapa, ibu atau penjaga boleh mengislamkan kanak-kanak bawah umur.

Ini walaupun Mahkamah Persekutuan pada 2018 memutuskan dalam kes M Indira Gandhi bahawa penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sebelah pihak tidak sah mengikut perlembagaan.

Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah menggesa Menteri Hal Ehwal Agama menjadi orang tengah dalam pertikaian antara Asri dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.



Katanya, beliau pernah berbuat demikian untuk mendamaikan konflik antara dua individu terbabit yang bertelagah pada 2018 bagi meredakan ketegangan.

“Menteri dan timbalannya seharusnya mengelak daripada membuat kenyataan umum yang memperlihatkan ketidakfahaman mereka mengenai kerangka perundangan negara dan kuasa antara negeri dan persekutuan.

“Parti-parti politik pula tidak perlu berlumba-lumba membuktikan partinya lebih layak membela kes ini daripada yang lain. Mereka harus cari jalan penyelesaian dalam konflik perundangan dan menenangkan rakyat melalui inisiatif memelihara keharmonian antara kaum.”

Katanya, tiada penyelesaian lain dalam isu penukaran agama sebelah pihak melainkan penyelarasan undang-undang persekutuan dan negeri bagi mengelakkan kejadian sama berulang.



Kes Loh dan anak islam, bekas Menteri ‘Rahmatan Lil Alamin’ bersuara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker