Iklan along guna jata negara

Iklan along guna jata negara

Pemimpin Bersatu Muhammad Faiz Na’aman membangkitkan sama ada kerajaan memantau iklan-iklan pemberi pinjaman, termasuk ‘along’ yang menggunakan jata kerajaan dan lambang Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Saya mendapat beberapa aduan serta tangkap layar dari warga maya mengenai kebanjiran iklan-iklan dari pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang di ruangan media sosial khususnya Facebook.



“Ada iklan-iklan tersebut turut memuatkan logo jata negara dan lambang Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sambil mengakui mereka adalah ‘berlesen’,” katanya.

Dalam kenyataan semalam, Faiz juga mengaitkan fenomena itu dengan tindakan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dia juga berkata, ekonomi rakyat terus meruncing apabila harga barang meningkat akibat inflasi dan kos sara hidup tinggi setelah kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara dinaikkan.

“Ini membuatkan ramai segmen masyarakat makin memenuhi kategori B40 termasuk mereka yang masih terkesan dengan pemulihan pasca pandemik. Masalah kewangan kian menghimpit warga Malaysia secara keseluruhan.



“Maka apakah dengan membiarkan iklan-iklan dari ‘along’ berlesen ini dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat di bawah sana?

“Dengan menambahkan lagi hutang?” soalnya. Mk

Iklan along guna jata negara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker