Lebuhraya PLUS arah utara sesak 13km akibat kebakaran sebuah treler

Lebuhraya PLUS arah utara sesak 13km akibat kebakaran sebuah treler

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke utara dilaporkan sesak 13 kilometer (km) akibat kejadian treler terbakar di Kilometer (KM) 251.4 lebuh raya terbabit.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 11.55 pagi dan sehingga jam 12.30 tengah hari, aliran trafik di laluan berkenaan masih sesak akibat kejadian itu.



PLUS menerusi laman X (dahulu Twitter) @plustrafik memaklumkan kebakaran treler itu menyebabkan lorong kiri di lebuh raya itu terhalang seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan kenderaan.

Menurutnya, aliran trafik kini sesak dari arah Terowong Menora ke Kuala Kangsar dan pihak PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya menggunakan laluan alternatif.

Status terkini pada jam 1 tengah hari tadi, PLUS memaklumkan lorong kanan sudah dibuka namun keadaan aliran trafik masih lagi sesak sejauh kira-kira 13km. BH

Lebuhraya PLUS arah utara sesak 13km akibat kebakaran sebuah treler



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker