Hakim patut sedia terima kritikan jujur, Zaid beritahu Tengku Maimun

Hakim patut sedia terima kritikan jujur, Zaid beritahu Tengku Maimun

Zaid Ibrahim menggesa badan kehakiman bersikap lebih terbuka dan menerima perbincangan terus-terang mengenai keadilan, untuk meningkatkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

“Setiap institusi negara ini perlu terbuka (dan) boleh diperoleh rakyat. Ini demokrasi,” kata bekas menteri undang-undang itu, sambil menambah bahawa badan kehakiman, seperti cabang kerajaan lain, mesti boleh diakses secara sama-rata.

“Jika kita mengharapkan kebertanggungjawaban daripada ahli politik (dan) eksekutif, jika kita benci kezaliman ahli politik, kita harus (sama-sama) mencela kezaliman badan kehakiman,” katanya dalam video di Facebook.

Bekas menteri undang-undang itu menegaskan, polemik menegakkan keadilan tentunya mengundang pandangan berbeza.

“Pemenang mempunyai pandangannya sendiri dan yang kalah mempunyai pandangan dan penderitaan sendiri.

“Apa pun, dalam wacana ini perlu ada sedikit kerendahan hati (dan) pemahaman tentang kedudukan masing-masing.

“Kita semua manusia. Sudah tentu, hakim istimewa. Tetapi mereka tidak begitu istimewa sehingga terlepas daripada kesilapan dan kegagalan manusia biasa,” katanya, sambil menambah bahawa toleransi, persefahaman, dan merendah diri meninggikan darjat usaha menegakkan keadilan.

Zaid mengulas kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengkritik ahli politik atas apa yang disifatkannya sebagai membuat kenyataan tidak adil, mengenai penghakiman tanpa memahami sepenuhnya keputusan mahkamah.

Tengku Maimun berkata, kebanyakan komen yang dibuat berdasarkan sentimen semata-mata dan tidak memahami undang-undang.

“Satu perkara yang saya bimbang (ialah) kenyataan (beliau yang membayangkan bahawa) jika anda bukan seorang peguam atau tidak mempunyai minda terlatih mengenai undang-undang atau tidak mempunyai kedalaman intelektual hakim, maka anda tidak dibenarkan membuat komen,” kata Zaid.

Beliau berkata, rakyat biasa tidak perlu takut untuk mengulas keputusan mahkamah dengan syarat ia dilakukan dengan niat baik. FMT

Hakim patut sedia terima kritikan jujur, Zaid beritahu Tengku Maimun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker