Badan Kurus Melidi Tapi Makan Banyak…Mungkin Ini Penyebabnya!

Badan Kurus Melidi Tapi Makan Banyak…Mungkin Ini Penyebabnya!

KITA selalu berasa cemburu dengan orang yang kuat makan tetapi badannya tetap kurus!

Bagi yang mengalami keadaan ini, ia sebenarnya satu masalah kerana ia berkemungkinan adalah gejala sesuatu penyakit tanpa disedari.



Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab seseorang yang kuat makan tetapi tetap kurus.

Makan Banyak

1. Hipertiroidisme

Health Line melaporkan keadaan tiroid yang terlalu aktif atau dipanggil hipertiriodisme dapat menyebabkan lebihan tiroid dalam tubuh.

Hormon tiroid bertanggungjawab ke atas pelbagai elemen metabolisme manusia termasuk kelajuannya. Individu dengan masalah ini memiliki metabolisme yang aktif dan sering membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.



Tanpa rawatan yang tepat, hipertiroidisme menyukarkan penambahan berat badan walaupun makan dengan banyak.

Diabetes

2. Diabetes jenis 1

Diabetes jenis 1 adalah keadaan autoimun di mana tubuh menghancurkan sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk metabolisme glukosa.

Ketika diabetes jenis 1 tidak dikawal, hal itu dapat menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat yang kemudiannya dibuang melalui air kencing.



Apabila glukosa ini tidak diserap, ia menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.

3. Keradangan usus

Seseorang yang sukar menaikkan berat badan berkemungkinan menghidapi masalah keradangan usus. Keadaan ini menyebabkan seseorang sukar makan dalam jumlah yang banyak.

Penyakit ini juga menyebabkan seseorang lebih kerap membuang air besar, yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan.

4. Genetik

Terdapat golongan yang mempunyai berat badan yang rendah secara semulajadi kerana karakteristik fizik daripada genetik keluarga.



1133794221

5. Makanan rendah kalori

Kurang mengambil makanan berkalori juga boleh menyebabkan badan tetap kurus. Keadaan ini boleh terjadi ketika seseorang hanya makan makanan dengan kepadatan kalori rendah meskipun jumlah yang banyak.

Beberapa jenis makanan rendah kalori termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, sup dan air putih.

Badan Kurus Melidi Tapi Makan Banyak…Mungkin Ini Penyebabnya!




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]



6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker