Peruntukan wakil pembangkang bukan untuk bayar Tiktokers – Rafizi

Peruntukan wakil pembangkang bukan untuk bayar Tiktokers – Rafizi

Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, disalurkan dalam bentuk projek serta bantuan terus kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pemberian peruntukan menerusi pendekatan sedemikian tidak menimbulkan masalah.



Beliau mendakwa, perkara yang dibangkitkan pembangkang mengenai peruntukan yang tidak disalurkan itu adalah Ahli Parlimen yang memohon wang bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.

“Secara prinsip, kerajaan bersetuju untuk beri tapi perlu dirundingkan terlebih dahulu kerana membabitkan syarat-syarat untuk pastikan peruntukan tersebut selari dengan dasar tatakelola yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kerajaan tidak mahu peruntukan yang diberi (contohnya RM 1 juta) tidak sampai kepada rakyat, akhirnya digunakan oleh sekelompok ahli parlimen dan geng masing-masing atau membayar Tiktokers (pempengaruh) bagi tujuan politik,” katanya dalam ciapan di plaform media sosial X, di sini semalam.

Ahli parlimen pembangkang sebelum ini dilaporkan berulang kali mempersoalkan mengenai isu agihan dana kepada pembangkang yang didakwa tidak diterima sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih kerajaan.



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang sebelum ini mendapat peruntukan turut menyelar Kerajaan Perpaduan dengan menggelar sebagai ‘Kerajaan NATO’ (no action, talk only), atau kerajaan cakap sahaja namun tiada tindakan dengan menuduh kerajaan gagal melaksanakan beberapa pembaharuan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kerajaan Perpaduan secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini juga memaklumkan, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar, tidak menetapkan sebarang syarat kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membolehkan agihan peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa pembangkang tidak mahu memulakan proses rundingan, walaupun sudah dimulakan oleh kerajaan.



“Kenapa pembangkang tak nak mulakan proses rundingan? Kerajaan dah hantar surat pada pembangkang, tapi tidak disambut.

“Adakah dari awal lagi pembangkang takut dengan syarat-syarat tatakelola yang akan dikenakan yang menghalang mereka daripada berbelanja sesuka hati bagi tujuan politik daripada peruntukan wang rakyat itu?” katanya.

Dalam perkembangan itu, dalam video yang dimuat naik juga, Rafizi, ketika beliau menjadi pembangkang tiada peruntukan diberikan kerajaan ketika itu, kecuali pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ketika itu juga peruntukan sedemikian turut dirunding bersama kerajaan dan memorandum persefahaman (MoU) ditangani dengan beberapa persetujuan demi kepentingan rakyat.



“Saya tidak faham, mengapa pembangkang sukar untuk memulakan rundingan. Adakah mereka takut syarat tatakelola yang dinyatakan menghalang mereka untuk berbelanja sesuka hati.

“Boleh tanya rakyat, adakah mereka suka wang rakyat dibelanjakan sesuka hati tanpa tahu ke mana ia akan dibelanjakan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan terus kepada rakyat, Rafizi berkata, kerajaan sememangnya menyalurkan kepada projek-projek yang diperlukan rakyat hari ini, tanpa mengira kawasan parlimen.

“Sebagai contoh membaiki atap, tandas sekolah. Peruntukan itu diberikan terus kerana sebelum ini ia tidak sampai pun.



“Banyak rakyat sebenarnya tidak nampak, peruntukan itu dimohon kepada dia sebagai ahli politik. Contohnya dapat RM1 juta yang perlu dibelanja sebagai wakil rakyat tapi dia ke kenduri kahwin beri RM500. Itu bukan duit dia tapi peruntukan,” katanya. BH

Peruntukan wakil pembangkang bukan untuk bayar Tiktokers – Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker