Kapal Rohingya berlabuh secara haram dihalang oleh nelayan

SEORANG nelayan menghalau kapal yang membawa para pelarian Rohingya dekat pantai Aceh baru-baru ini. – Foto Tribun Trends/Ist

BANDA ACEH – Satu rakaman video menunjukkan seorang nelayan di atas sebuah bot mengusir kapal membawa pelarian Rohingya yang mahu berlabuh di pantai Aceh, lapor portal berita Lombok Insider semalam.

Tindakan nelayan itu menarik perhatian netizen Indonesia.

Nelayan tersebut kemudian mendekati kapal dinaiki sejumlah etnik itu dan cuba menghalaunya,  lapor portal berita Tribun Trends.

Bagaimanapun, ramai netizen memperosalkan di mana bot-bot Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika kapal membawa para pelarian tersebut memasuki perairan Indonesia.



“Di mana TNI,” tulis seorang netizen di Instagram.

Malah, ada netizen mempersoalkan apa gunanya senjata mahal tentera Indonesia jika ada pelarian Rohingya berjaya memasuki perairan negara itu.

Sementara itu, Ketua Kesatuan Nelayan Tradisional, Badruddin Yunus berkata, nelayan-nelayan telah cuba sedaya upaya mereka bagi menghalang pelarian Rohingya  daripada mendarat di Bireuen. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker