Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai

Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing yang berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penangguhan pembayaran itu bagi membolehkan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu kes tunggakan cukai pendapatan itu didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan pembayaran berkenaan selepas mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pembayaran ditangguhkan sementara.

Mereka memfailkan rayuan berkenaan dengan alasan ia mempunyai merit dan terdapat isu undang-undang yang serius dan harus diputuskan dengan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan dalam konteks undang-undang cukai pendapatan dan Perlembagaan Persekutuan. BH

Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker