Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

PENYERTAAN dua beradik, Ryan dan Adam Bakery dalam program realiti, Famili Duo musim ketiga dari awal sudah mencipta seribu satu persoalan. Untuk apa? Kenapa? Mungkin macam-macam lagi.

Apatah lagi, sudah dua minggu berlangsung, persembahan mereka boleh dikatakan kurang memuaskan. Sehingga juri tetap, Ajai juga seperti meluahkan rasa kurang senang dengan pemilihan lagu dan persembahan.



Ditambah pula, kenyataan penyanyi, Usop Mentor baru-baru ini yang menempelak golongan pempengaruh terjun ke bidang nyanyian juga menjadi topik perbualan sehingga ada yang menggelarkan Ryan dan Adam sebagai ‘sampah’ industri.

J: Pemilihan lagu Kau Tigakan Aku minggu lepas menimbulkan rasa marah. Ada yang bertanya, mengapa lagu yang kononnya dianggap mewakili golongan penyondol dipilih? Sengaja tumpang popularitikah?

R: Tidak dinafikan, tetapi kalau nak kata tumpang itu tidaklah. Lagu itu ketika ini memang sedang trending. Di mana-mana pun kita dengar lagu itu dipasang. Niat kami adalah untuk menyanyi bersama penonton.

Sesuai juga dengan konsep dan tema minggu lalu, Cinta. Jadi, kalau difahami lirik, konsep persembahan dan tarian semua, mungkin mereka yang menonton akan merasai sakitnya dicurangi dan dikhianati.



J: Dua minggu, masih persembahan tidak memuaskan bukan sahaja juri tetapi segelintir warganet mula mempersoalkan penyertaan anda berdua. Memang saja-saja masuk untuk tambah riuh ke?

R: Bukan begitu. Kami berdua tetap masuk kelas vokal, tarian dan memahami lirik lagu supaya dapat beri yang terbaik. Kami tidak mahu menyalahkan sesiapa selain diri sendiri, sebab yang menyanyi itu kami.

Tidak dinafikan, bila latihan, kami sudah cuba beri yang terbaik. Tidaklah sebagus penyanyi hebat lain, tetapi sedaya kami. Cuma itulah, bila naik pentas sahaja habis lintang pukang. Gugup sangat.

J: Jauh hati tak bila terima komen dan kecaman daripada juri mahupun warganet? Terasa seperti diperkecilkan? Atau mahu merajuk ke?



R: Tidaklah sampai tahap itu. Berkecil hati sampai mahu merajuk itu tidak tetapi sebagai manusia, mestilah ada perasaan terasa itu ada. Kami ambil positif setiap komen, kritikan. Tak boleh sombong diri.

Mereka (juri) lebih arif dan sudah lama makan garam, jadi nasihat dan komen mereka itu kami jadikan sesi pembelajaran supaya dapat memperbaiki persembahan kami. Lebih baik jadi positif kan.

J: Ada sampai yang cakap kalian seperti ‘sampah’ industri muzik terutama ada beberapa kenyataan daripada penyanyi senior yang kurang senang kehadiran pempengaruh tidak berbakat dalam dunia seni?

R: Saya tidak anggap penyertaan kami sebagai sampah atau sia-sia. Lainlah kalau selepas ini, saya terus keluar lima album dan serius untuk menyanyi. Saya anggap pertandingan sebagai satu cabaran diri.



Setiap kali persembahan, kami usahakan beri yang terbaik. Kami mahu jadi penghibur. Saya sendiri menjadikan kumpulan Senario sebagai rujukan. Dekat dengan rakyat. Menghiburkan masyarakat.

J: Selain masuk kelas vokal, tarian ada extra class yang disertai kalian tak? Lebih-lebih lagi, ramai yang menunggu persembahan anda berdua. Ada yang teruja secara positif, tetapi jangan lupa mereka yang tunggu masa untuk kecam?

R: Kami berdua beradik selalu praktis bersamalah di rumah. Bila setuju sertai Famili Duo, kami berdua sedar dengan segala kemungkinan baik pujian dan kecaman. Itu resmi pertandingan. Kalah menang pun bukan sesuatu yang harus dirisaukan.

Kalau tersingkir tak mengapa, bukan rezeki. Kami tidak mahu terbeban dengan perasaan terlalu ingin menang. Lebih baik kami fokus buat persembahan yang lebih baik setiap minggu. Utusan



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker