Dolla ‘menjerit’ menang ABPBH lagi

Dolla ‘menjerit’ menang ABPBH lagi

Kumpulan ‘dance’ wanita sensasi, Dolla yang dinobatkan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, terkilan tidak dapat hadir menerima trofi kemenangan pada malam kemuncak yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Jumaat lalu.

Anggota Dolla, Sabronzo berkata, mereka pasti hadir memeriahkan acara berprestij dan meraikan kemenangan pada malam penuh bermakna bersama peminat, namun, terikat dengan komitmen kerja.



Namun, katanya, disebabkan terikat dengan Konsert Rakyat Bersempena Sambutan 50 tahun Sarawak Merdeka yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu lalu, kemenangan hanya dapat diraikan dari jauh.

“Sejujurnya, terbit rasa terkilan tidak dapat naik pentas menyambut trofi kemenangan.

“Kami sedar ada peminat turut meluahkan kekecewaan kerana Dolla tidak hadir pada malam kemuncak ABPBH 35.

“Kami minta maaf kerana terikat dengan komitmen kerja di Sarawak. Jika tidak, pasti kami akan hadir.



“Tidak kiralah menang atau kalah, kami tetap akan hadir memberi sokongan memandangkan Dolla adalah calon Top 5,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi perasaan sebaik mendapat tahu mengenai kemenangan, Sabronzo berkata, dia dan rakan-rakan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan tatkala dimaklumkan mengenai kemenangan.

“Dolla sedang bersiar-siar di bandar Kuching ketika pengurus memaklumkan kemenangan.

“Kami tidak dapat tidak mengawal perasaan dan menjerit kegembiraan.



“Sepanjang menantikan keputusan, saya sentiasa merujuk aplikasi Twitter untuk mendapatkan keputusan terkini.

“Selepas dimaklumkan Dolla menang, kami langsung membuat sesi ‘live’ dengan peminat menerusi Instagram,” kata Sabronzo lagi.

Katanya lagi, mereka tidak menjangka akan menang memandangkan kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular menyaksikan persaingan antara Dolla, Syemal & Ernie Zakri; Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi; Nuha Bahrin & Naufal Azrin serta Siti Nordiana dan Bunga.

“Kami berterima kasih kepada peminat yang mengundi khususnya Idollas. Penat lelah mereka hanya boleh kami balas dengan menghadiahkan karya terbaik.



“Dolla juga bakal muncul dengan lagu baharu, bulan depan dan merancang untuk mengadakan konsert. Jadi, itulah kesempatan kami bertemu peminat.

“Apapun, kami sangat menghargai peminat kerana menilai kami dari sudut karya, bukan kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Dolla.

“Kepercayaan peminat membuatkan kami lebih ingin lakukan lebih baik,” kata Sabronzo lagi.

Selain Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, Dolla turut dianggotai Tabitha Ariel Lam (Tabby), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) pernah mencetuskan fenomena apabila tampil dengan lagu Dolla Make You Wanna pada 2020.



Dolla pernah menggenggam trofi Artis Baharu Wanita Popular pada ABPBH 34.

Selepas menghasilkan single pertama, Dolla terus melonjak sehingga wajah mereka terpampang dalam papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Bulan lalu, Dolla tersenarai dalam kalangan 10 kumpulan antarabangsa yang perlu didengari seperti disyorkan saluran YouTube terkenal, MsMojo. BH

Dolla ‘menjerit’ menang ABPBH lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker