Rafizi bidas Pemimpin Parti MUDA, gelojoh umum mahu bertanding

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas parti pro Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengumumkan kerusi bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafizi berkata, tindakan itu akan mewujudkan salah faham kerana parti di bawah gabungan PH harus fokus untuk berhadapan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Benda ni (kerusi hendak ditandingi ) kena bincang tertutup, bukan umum, nanti bising lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Rabu.

Rafizi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar yang menamakan Parlimen Kuala Pilah sebagai antara kerusi akan ditandingi oleh parti pada PRU15.

Selain itu, Tarmizi mengumumkan Muda Negeri Sembilan akan menumpukan kepada kerusi-kerusi ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.

Pada Selasa, Muda sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda berlangsung pada Isnin dan Selasa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker