Demi ‘EMAS Olympic Tokyo’, Azizulhasni pilih ‘bertapa’ di Melbourne

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang hanya akan ‘bertapa’ di Melbourne, Australia bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pelumba berusia 33 tahun yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman itu, berkata dia tidak akan menyertai sebarang kejohanan antarabangsa di luar Australia bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan sebelum ke Tokyo.

“Saya hanya akan menyertai beberapa kejohanan domestik di Australia yang menjadi sebahagian daripada persiapan ke Olimpik,” katanya.

Sabtu lalu, anak jati kelahiran Dungun, Terengganu itu membuktikan dia kini di landasan tepat dalam misi meraih pingat emas pertama kontinjen negara di Tokyo apabila menjuarai acara pecut individu pada Kejohanan Trek Elit Victoria.

Azizulhasni atau Jijoe menewaskan rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom pada aksi final kejohanan berkenaan. Hujung minggu ini, dia sekali lagi akan beraksi di Kejohanan Trek Elit Victoria tetapi dalam acara kegemarannya, keirin.

“Saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk kejohanan ini kerana ini adalah sebahagian daripada persiapan saya ke Olimpik. Namun, saya akan menggunakan peluang ini untuk mencuba taktik perlumbaan yang berlainan,” kata pelumba ranking nombor satu dunia acara pecut itu.

 

Azizulhasni Awang kembali ke tahta No. 1 dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker