A. Kadir Jasin beri gambaran impian Anwar berakhir?

Adakah dakwaan kononnya 40 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan isyarat berakhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

Sekiranya mengikut pandangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, begitulah jangkaannya.

Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau percaya kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin itu memberi gambaran karier politik Anwar menuju pengakhirannya.

“Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (A. Kadir) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggaplah `Game Over’ (tamat permainan) untuk Anwar,” kata beliau.

Semalam, A. Kadir memberitahu media bahawa kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO akan mengikut jejak langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Annuar dalam hantaran beliau di laman sosial itu juga turut mengusik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada `kegembiraan’ Timbalan Presiden PKR itu melihat penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu adalah isyarat akan mengikut jejak langkah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Lebih-lebih lagi, kata Annuar, sekiranya Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Rafizi Ramli.

“MM (Mustapa) masuk Bersatu, AA (Azmin) pula yang gembira, pelikkan? Apakah Azmin juga merancang mahu sertai Bersatu kalau tewas kepada RR (Rafizi)? Menarik!” sindir beliau. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker