Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan

Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan wakil rakyat pertama di negara ini yang dikenakan hukuman sebatan selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pendakwaan bagi kes Syed Saddiq itu yang berdepan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram ketika dihubungi hari ini.

Wan Shaharuddin berkata hukuman tersebut terpakai bagi pesalah berumur 50 tahun dan ke bawah.

“Berdasarkan Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah perempuan, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati dan lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan tersebut.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq, 30, boleh dipenjara empat tahun.

Sementara itu, Syed Saddiq ketika ditemui selepas prosiding kes berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan sebagai seorang penggubal dasar beliau perlu menetapkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman.

“Institusi kehakiman itu lazimnya merupakan benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya juga perlu menghormati keputusan mahkamah,” kata bekas Ketua Armada itu.

Dalam pada itu, mengenai rayuan terhadap keputusan itu, Syed Saddiq berkata beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

“Ini supaya institusi kehakiman dan mahkamah yang akan dijadikan penentu terakhir atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya. Dalam bab ini saya berpegang pada kata-kata berani kerana benar “Qulil haq walau kana murran” berkatalah benar walaupun pahit,” katanya. K Online

Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker