Baiki imej jika mahu sokongan golongan progresif

Baiki imej jika mahu sokongan golongan progresif

Seorang ahli akademik menggesa Barisan Nasional (BN) agar memperbaiki imejnya semula jika gabungan itu berminat untuk memenangi sokongan golongan progresif dan bukan Melayu.

Kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya tidak mencukupi walaupun penyokong mengalu-alukannya, menurut ahli sains politik Wong Chin Huat.

Gabungan itu perlu membina semula dirinya untuk dilihat sebagai “moden, teknokratik dan bebas daripada politik naungan”, kata Wong kepada FMT.

Bagi membolehkan ini berlaku, katanya, wakil rakyat BN memerlukan peruntukan yang sama dengan peruntukan yang diberikan kepada rakan sejawatnya dalam PH.

Tambahnya, kerajaan perpaduan juga mesti meneruskan reformasi seperti yang akan membawa kepada pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

“Dalam masa terdekat ini, BN dilihat tidak boleh memenangi semula sokongan bukan Melayu, kecuali apabila lawan utamanya ialah PAS atau Bersatu,” kata Wong.

Bagaimanapun, pakatan pilihan raya dengan PH untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Perikatan Nasional (PN) boleh menyaksikan mereka meraih lebih banyak undi daripada kedua-dua segmen Melayu dan bukan Melayu.

Seorang lagi ahli akademik, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mesti segera memberikan tindak balas terhadap dakwaan PN tentang rasuah dalam Umno jika gabungan itu ingin mendapatkan semula sokongan golongan progresif dan bukan Melayu.

“Beliau tidak boleh dilihat secara peribadi mendapat manfaat dalam apa cara sekalipun selepas berjaya membawa BN ke dalam kem Anwar Ibrahim, walaupun hanya untuk tujuan membentuk kerajaan yang berfungsi,” katanya.

Ahmad Fauzi juga berkata, BN harus menyokong beberapa dasar reformis PH dan menjauhi politik berasaskan kaum.

“Inilah yang dilakukan oleh parti-parti PH sejak 15 tahun lepas,” katanya.

“Pemimpin BN mesti memimpin melalui teladan dengan tidak memanipulasi isu perkauman untuk keuntungan jangka pendek.” FMT

Baiki imej jika mahu sokongan golongan progresif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker