Usik lagi Zahid, Ketua Pemuda UMNO dah kena ‘sound’

Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan sayap itu akan bertindak lebih agresif jika suara mereka terus ‘dibakul sampahkan’ oleh kepemimpinan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga EXCO Kerajaan Melaka itu menegaskan demikian ketika berucap pada sesi ‘post mortem’ Pilihan Raya Negeri (PRN)-Pemuda UMNO di ibu negara, susulan kekalahan teruk parti pada PRN Sabtu minggu lalu.

“Apabila Pemuda bersuara, dikatakan Pemuda masih mentah, Pemuda dimomokkan dengan bayaran. Tugas saya hari ini mendengar suara Pemuda untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan. Jika cara kita tak langsung didengar, kita akan lakukan sesuatu.



“Jika tak ada apa-apa yang berlaku, maka baru kita akan bertindak. Pemuda diminta hormati saluran, maka kita hormati saluran. Kita bagi apa mereka nak, kita ikut secara prosedur, tapi saya tak akan teragak bertindak jika suara kita dibakulsampahkan,” katanya pada majlis berkenaan.

Ucapan Dr Muhamad Akmal itu bagaimanapun dilihat sesetengah pihak sebagai cubaan Ketua Pemuda UMNO berkenaan untuk ‘tunjuk hero’ kerana memberi amaran kepada kepemimpinan UMNO secara terang-terangan.

Bagi Presiden Pertubuhan Alumni 4B Malaysia, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, ADUN Merlimau itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya memberi pandangan melalui saluran mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Sebagai Ketua Pemuda, dia (Akmal) bawalah berbincang di peringkat MKT. Jangan nak tunjuk hero buat perhimpunan dan bercakap pasal Presiden UMNO. Dia berhak dan boleh bercakap semasa mesyuarat MKT, jadi tidak sepatutnya dia bercakap sebegitu di luar MKT.



“Kita tidak boleh menuding jari pada presiden seorang sahaja (prestasi hambar UMNO pada PRN) kerana setiap pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri perlu bertanggungjawab bersama-sama,” katanya.

Bercakap pada sidang media sempena mesyuarat agung tahunan badan bukan kerajaan (NGO) itu di sini malam tadi, beliau memaklumkan, Pertubuhan Alumni 4B Malaysia akan mengusulkan satu resolusi khas untuk menyokong Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden UMNO.

“Kita tak mahu wujud keadaan kucar kacir dalam UMNO itu sendiri. Maka sebagai badan bukan kerajaan (NGO), insya-Allah kita akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,” katanya.

Perasmian mesyuarat disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Alumni 4B Malaysia, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim serta Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.



Belia 4B adalah pergerakan yang kuat kaitannya dengan UMNO dan ramai pemimpin pertubuhan itu turut menggotai barisan kepemimpinan parti terbabit di peringkat akar umbi sebelum ada antara mereka kemudian menjadi pemimpin sayap parti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker