Lelaki parah ditetak rakan sebilik kerana bising


Lelaki parah ditetak rakan sebilik kerana bising

Berbual di telefon terlalu kuat, lelaki parah ditetak rakan sebilik

Seorang lelaki parah dengan tiga kesan tetakan di kepala hanya kerana bercakap terlalu kuat ketika sedang berbual menerusi telefon dalam kejadian di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri di Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai perabot ditetak rakan sebiliknya.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan antara dua lelaki di sebuah premis penginapan bilik sewa di taman berkenaan sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tingkat tiga lokasi bilik sewa berkenaan, polis mendapati seorang individu berlumuran darah di kepalanya dan siasatan awal mendapati, mangsa ditetak rakan sebiliknya sendiri dengan tiga kesan tetakan di kepalanya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Dzulkhairi berkata, kejadian berlaku disebabkan tindakan mangsa yang enggan menerima teguran suspek untuk memperlahankan suara ketika sedang bercakap menerusi telefon di biliknya, sebaliknya mangsa memarahi suspek dengan kata-kata kesat.

“Apabila mangsa keluar dari biliknya, suspek yang tidak berpuas hati, mendekati mangsa sebelum mengeluarkan parang dari dalam seluarnya dan terus menetaknya di bahagian kepala sebanyak tiga kali,” katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati mangsa mempunyai 15 rekod lampau berkaitan dadah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru serta dalam keadaan stabil.

“Polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang dipercayai suspek yang juga seorang pekerja kilang di lokasi yang sama berpandukan maklumat awam dan saksi di tempat kejadian selain merampas sebilah parang panjang kira-kira 37.7cm,” tambahnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek akan di bawa ke mahkamah Johor Bahru bagi proses tahanan reman.
FMT

Lelaki parah ditetak rakan sebilik kerana bising


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ahli politik antara ditahan berjudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker