Elly nafi tinggalkan GV sebab mengandung

Elly nafi tinggalkan GV sebab mengandung

Pengacara serba boleh, Elly Mazlein menafikan penarikan dirinya daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) adalah kerana sedang berbadan dua.

Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina dalam kenyataan di Instagram Storynya menyatakan, pengundurannya daripada mengacarakan program realiti tersebut bukan gimik.



Sebaliknya, pelantun lagu Bakawali itu menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah kemahuan dirinya sepenuhnya.

“Sayang, ini bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

“Inilah kenyataan di mana Kepom (Kak Lina) sudahpun tinggalkan GV buat selama-lamanya.. Ya .. tiada lagi.. cukup.. Ini semua keputusan Kepom sendiri,” katanya dalam kenyataan tersebut pada Rabu malam.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, itu berkata dia dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja.



Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“InsyaAllah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti, di GV sahaja Kepom tiada,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kak Lina turut menitipkan kata semangat kepada para peserta ASGV yang masih kekal di pentas itu.

Terdahulu, Astro dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi. Aw



Elly nafi tinggalkan GV sebab mengandung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker