Kamu mahu siapa wakili Umno kalau bukan presiden kami, Isham soal Hadi

Kamu mahu siapa wakili Umno kalau bukan presiden kami, Isham soal Hadi

Seorang pemimpin Umno membidas tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengatakan kenyataan Zahid Hamidi tidak mewakili partinya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata Hadi tidak perlu menghina Zahid sebegitu rupa kerana Zahid merupakan presiden Umno yang dipilih oleh partinya.



“Kalau Zahid tidak boleh cakap mewakili Umno, kamu mahu siapa yang boleh cakap mewakili Umno?

“Kalau ikut logik tuan guru (Hadi) ini, kamu pun tidak boleh cakap mewakili PAS,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Hadi tampil membalas dakwaan Zahid bahawa PAS itu hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam Muafakat Nasional (MN), dengan berkata kenyataannya tidak mewakili Umno.

“Umno ini bukan (ada) presiden saja. Umno ini adalah sebuah parti yang ada Majlis Kerja Tertinggi, naib presiden, bahagian-bahagian,” kata Hadi di Muktamar PAS ke-68 pagi tadi.



Semalam, Zahid dilaporkan berkata, Umno perlu bergerak ke depan secara solo memandangkan PAS hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam MN.

Katanya, kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN tidak dapat dijalin, lebih-lebih lagi PAS menjalinkan hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan Umno dari luar dan dalam.

Beliau merujuk kepada keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Bersatu, parti serpihan Umno.

Dalam pada itu, Isham berkata Zahid menjadi presiden Umno yang dipilih oleh majoriti perwakilan Umno.



Beliau berkata Zahid telah mendapat mandat tertinggi untuk mewakili Umno untuk bersuara dan untuk membuat keputusan parti.

“Ini asas dalam sistem demokrasi. Bila kamu hina dia, bermakna kamu juga hina majoriti ahli Umno yang undi dan pilih dia sebagai Presiden.

Tambahnya lagi, Islam tidak mengajar membuat perkara sebegitu dan Hadi sepatutnya lebih terbuka untuk menerima kritikan. FMT

Kamu mahu siapa wakili Umno kalau bukan presiden kami, Isham soal Hadi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker