Muhyiddin tak berani jawab hanya pandai menyorok belakang Azmin – Najib

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengecam Muhyiddin Yassin kerana gagal menjawab soalan yang dibangkitkan berkaitan FELDA

Najib berkata, Presiden Bersatu itu tidak berani menjawab soalan yang dibangkitkan sebaliknya hanya berselindung di belakang Ketua Penerangan Bersatu, Azmin Ali.

“Tak berani debat tak apa. Nak sorok kat belakang Azmin pun Okay. Tapi jawab soalan-soalan bocor saya sahaja. Jangan terus tipu peneroka dan tipu rakyat,” kata Najib di Facebooknya hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas Muhyiddin menolak cabarannya untuk berdebat mengenai isu FELDA.

Muhyiddin hari ini berkata ,Najib tidak akan mendapat menjawab soalan-soalan itu jika mereka berdebat berdasarkan data-data dan fakta-fakta kejayaan kerajaan PN untuk atasi masalah FELDA.

Sabtu lalu, Azmin mencabar Najib berdebat dengannya dan turut mendakwa, kepimpinan bekas Perdana Menteri itu telah menghancurkan peneroka dan masa depan FELDA

Dalam kenyataan hari ini, Najib berkata DNA penipuan PH masih kuat menyebabkan kedua-dua mereka tidak cukup berani untuk menjawab soalan.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya mengulangi soalan untuk “kali ketiga sejak minggu ini”, antaranya di mana kawasan sawit baharu dengan harga RM2,800 setiap ekar ataupun 6.5 sen setiap kaki persegi memandangkan syarikat Eagle High mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 320,000 hektar.

Najib turut mempersoalkan mengapa pentadbiran PN sebelum ini tidak memberi peruntukan kepada FELDA untuk memansuhkan hutangnya sebaliknya memaksa meminjam hutang baharu sebanyak RM9.9 bilion pada 2020.

“Dan jika ia benar-benar pemansuhan atau pemaafan hutang, kenapa pula peneroka perlu menandatangani perjanjian dengan perlu menerima syarat samada untuk ladang mereka diuruskan Felda atau perlu menjual hasil kita hanya kepada FELDA,” soal Najib.

Isu berkaitan FELDA menjadi topik hangat menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker