Syed Saddiq Bertanding di Machap

Oleh Nurul Aishah

USIA parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru setahun jagung namun mereka dilihat cuba memonopoli Pakatan Harapan(PH) dari segi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor.

Desas desus bertiup kencang Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal bertanding di kerusi DUN Machap (N26).Beliau dikatakan tidak akan bertanding di Muar atau ditempat yang majoriti pengundinya bukan Melayu.

Perkara ini didorong oleh keangkuhan Syed Saddiq yang tidak mahu diperlekehkan menang kerana undi dari masyarakat Cina. Beliau mahu menang bergaya kerana populariti adalah segala-galanya bagi Syed Saddiq.

Namun parti tersebut sebenarnya tidak menjadi pilihan rakyat Johor yang tahu bahawa Syed Saddiq terpalit dengan kes mahkamah pecah amanah, salah guna wang sumbangan dan pegubahan wang haram.

Malah parti MUDA ini juga sebenarnya tidak diterima dengan tangan terbuka oleh PH. Isu perebutan kerusi dikatakan menjadi pencetus rasa tidak puas hati dikalangan parti-parti PH.

Menurut sumber MUDA akan mengadakan mesyuarat khas hujung minggu ini, bagi membincangkan tindakan PKR yang menamatkan rundingan rasmi dan mengambil keputusan tidak memberi sebarang agihan kerusi kepada parti itu, setakat ini.

Berikutan tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pimpinan PKR berkaitan agihan kerusi kepada MUDA walaupun MUDA telah mengadakan beberapa siri rundingan rasmi bersama pimpinan PKR dimana PKR telah membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calonnya di 20 kerusi sekali gus menamatkan rundingan rasmi bersama MUDA maka MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan jalan ke hadapan pada hujung minggu ini.

MUDA sebelum ini dilaporkan diperuntukkan enam kerusi, hasil rundingan bersama antara parti itu, AMANAH dan DAP Johor.

AMANAH dilaporkan memberikan empat kerusi kepada MUDA daripada 20 kerusi miliknya, manakala DAP pula memberikan dua kerusi kepada MUDA daripada 16 kerusi milik parti itu.

Akhirnya MUDA diperuntukkan enam kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Mungkin PKR meluat dengan sikap besar kepala dan angkuh Syed Saddiq. Bukan PKR sahaja berperasaan begitu, rakyat Johor juga menyampah dengan parti Syed Saddiq yang membawa pengaruh tidak baik kepada anak-anak muda Johor.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker