4 dicekup tak sampai 24 jam pecah rumah, curi kenderaan

4 dicekup tak sampai 24 jam pecah rumah, curi kenderaan

Segamat: Pengusaha bengkel kenderaan dan operator trak tunda antara empat suspek yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini minggu lalu.

Semua lelaki berusia 32 hingga 54 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Labis dan Kluang pada 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek ditangkap susulan laporan dibuat mangsa kes pecah rumah dan curi kenderaan di sini pada hari sama.

Katanya, dalam kejadian itu mangsa melaporkan rumahnya dipecah masuk menyebabkan kereta Honda Accord, motosikal Honda Vario serta tiga sport rim serta tayar kereta hilang.

“Dalam tempoh tidak sampai 24 jam kita berjaya menahan empat suspek melalui Op Lejang Khas dan Op Pintu yang dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.

Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah menggunakan kepakaran masing-masing untuk pecah rumah, curi dan lerai kenderaan sebelum menjualnya sebagai alat ganti.

“Suspek dipercayai bergerak aktif pada waktu malam serta awal pagi sekitar jam 1 pagi.

“Selain tangkapan suspek, polis turut menemukan semula motosikal, kereta dan sport rim serta tayar milik mangsa yang dilaporkan hilang membabitkan nilai keseluruhan RM35,500,” katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 16 Oktober ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 457, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana pecah rumah serta curi kenderaan. HM

4 dicekup tak sampai 24 jam pecah rumah, curi kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker