Wanita lahirkan bayi kembar beza bulan, tahun

Madrigal tidak menyangka bayi kembarnya dilahirkan pada bulan dan tahun berbeza. – Pusat perubatan Natividad

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita di  Amerika Syarikat selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada bulan dan tahun yang berbeza, lapor laman berita Wolipop semalam.

Fatima Madrigal  melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Alfredo pada pukul 11.45 malam (waktu tempatan) semasa malam menjelang Tahun Baharu 2022.

Selang 15 minit kemudian, ketika jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam 1 Januari 2022, Madrigal selamat melahirkan kembar Alfredo iaitu bayi perempuan yang diberi nama Aylin.

Alfredo dan Aylin merupakan kembar yang dilahirkan dalam bulan dan tahun yang berbeza.



“Sangat menakjubkan kerana mereka kembar, namun tarikh lahirnya berbeza.

“Saya terkejut namun bahagia apabila Aylin lahir pada waktu tengah malam,” kata Madrigal.

Pihak Hospital Natividad Medical Group turut menzahirkan rasa kagum mereka memandangkan kelahiran itu adalah sesuatu yang amat jarang berlaku.

“Ini sudah pasti menjadi kelahiran yang paling dikenang sepanjang kerjaya saya,” ujar doktor keluarga di hospital itu, Dr. Ana Abril Abrias. – AGENSI



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Apple muncul syarikat pertama bernilai AS$3 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker