Meneliti prestasi kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Meneliti prestasi kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

SEBAIK sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan penghujung Ogos lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menunggu lama memperkenal penggunaan frasa Keluarga Malaysia.

Dengan ketidakstabilan politik ketika itu dan kebimbangan rakyat terhadap pandemik COVID-19 serta krisis ekonomi, pendekatan dibawa Perdana Menteri menerusi Keluarga Malaysia amat ditagih.



Pendekatan tersebut julung kali disebut dalam ucapan sulung Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada 22 Ogos lalu.

Konsep tersebut mengetengahkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat bagi menghadapi cabaran pasca pandemik.

Menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, konsep Keluarga Malaysia mendasari kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk bekerja bersama-sama memulihkan negara.

Daripada Rumah Ikram Keluarga Malaysia dan Skuad Keluarga Malaysia hinggalah ke Pakej Penjagaan COVID-19 Keluarga Malaysia, semuanya memberi limpahan manfaat kepada rakyat.



Selepas lebih 100 hari, konsep itu semakin rancak meniti di bibir seluruh rakyat Malaysia apatah lagi setelah Ismail Sabri sendiri melancarkan Keluarga Malaysia di Sarawak, 23 Oktober lalu.

Angka 100 hari itu juga disifatkan penting kepada pentadbiran kerajaan Ismail Sabri.

Ketika mengumumkan barisan Kabinet Ogos lalu, Perdana Menteri memaklumkan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Pada masa sama, ahli Jemaah Menteri juga diarah mengumumkan Kad Laporan Pencapaian AKM 100 hari masing-masing kepada rakyat bagi penilaian prestasi mereka dan kementerian yang diterajui.



Jadi, bermula esok sehingga Ahad ini, orang ramai boleh melihat sendiri pencapaian setiap kementerian pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pameran daripada 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan tersedia supaya orang ramai boleh mendapat maklumat serta mendengar penjelasan.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut diberi peluang memberi pandangan dan menyatakan hasrat bagi memastikan kita dapat bersama-sama menikmati kejayaan dicapai negara.

Ini juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam Keluarga Malaysia bagi memastikan semua memperoleh nikmat, tiada siapa pun tertinggal.



Selepas 100 hari, agenda nasional dibawa kerajaan ini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Cetusan idea Perdana Menteri ini perlu terus meresap dalam pentadbiran kerajaan bagi memastikan Malaysia boleh bangkit semula. Utv

Meneliti prestasi kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker