Pusat jagaan orang tua terbakar, warga emas rentung

Pusat jagaan orang tua terbakar, warga emas rentung

Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5 di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 14 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.33 pagi.



Katanya, kebakaran melibatkan bangunan struktur kelas A yang musnah 30%.

“Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni, termasuk penjaga berada dalam bangunan itu, tetapi mereka sempat menyelamatkan diri.

“Apabila anggota bomba tiba di lokasi kejadian, kebakaran itu sudah dipadamkan orang awam.

“Bagaimanapun, seorang mangsa wanita berusia 69 tahun ditemui rentung atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya menurut Sinar Harian.



Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. FMT

Pusat jagaan orang tua terbakar, warga emas rentung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker