MCA bidas DAP, ambil tindakan tegas terhadap Tony Pua

MCA hari ini mencabar DAPuntuk mengambil tindakan ke atas bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua selepas dia menyerang Umno yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata DAP perlu membuktikan ketegasan mereka dengan menghukum Pua sama seperti apa yang parti itu lakukan ke atas Superman Hew sebelum ini.

Tambahan pula kata Ti, kedudukan Pua dalam DAP bukanlah sebagai ahli biasa saja ketika ini seperti didakwa setiausaha agung parti itu Anthony Loke.



Tidak seperti Hew, kata Ti, Pua merupakan penasihat dasar kepada setiausaha agung DAP sejak 18 Mei tahun lalu.

“Justeru dengan keadaan itu dan menyanggah kenyataan Pua yang berharap (selepas ini) mereka boleh menjadi kerajaan tanpa BN atau Umno yang didakwanya parti korup, Loke mesti tidak membiarkan ini berlalu sama seperti sikap mereka dulu yang membiarkan PAS dalam banyak isu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pua merupakan setiausaha publisiti DAP dan pegawai kepada Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan apabila kerajaan PH dijatuhkan di luar pilihan raya pada suku pertama 2020

Di penghujung pentadbiran Muhyiddin Yassin, pada suatu ketika Pua pernah mengisyaratkan agar PH bekerjasama dengan PN yang ketika itu berdepan dengan tekanan daripada Umno.



Bagaimanapun langkah itu tidak disambut baik dan Muhyiddin akhirnya berundur dari jawatan perdana menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pua kemudian mengumumkan tidak mahu dicalonkan semula dalam PRU ke-15.

Tapi tak dominan

Semalam namanya kembali menjadi perhatian ekoran ucapannya yang mengecam Umno-BN di sebalik kedudukan parti itu adalah sekutu kepada PH dalam kerajaan pusat dan di sesetengah negeri.



Loke sudah menjelaskan kenyataan Pua itu dibuat atas kapasiti peribadinya dan tidak mewakili DAP.

Untuk rekod Hew adalah salah seorang tokoh DAP yang sebelum ini mencetuskan kontroversi atas beberapa isu termasuk perkauman. Dia sudah meninggalkan DAP pada Julai 2016.

Ti berkata DAP perlu mengambil tindakan disiplin ke atas Pua atau bahkan memecatnya dari jawatan penasihat dasar kepada setiausaha agung parti.

Langkah itu katanya dapat menjadi bukti komitmen DAP untuk kerajaan perpaduan.



“Sekarang DAP berada dalam kerajaan bersama Umno. Memang bagus untuk mereka sudah belajar untuk menghormati sensitiviti Umno serta begitu sensitif terhadap Umno, tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama kata Ti, Pua terlupa bahawa DAP kini mengambil tempat MCA dalam kerajaan.

“Perbezaannya ialah, tidak seperti MCA, DAP kini menjadi parti terbesar (berdasarkan kerusi di parlimen) namun bukan parti paling dominan dalam kerajaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker