Wanita jadi bilionair selepas bercerai

Gambar Hiasan

Seorang taikun teknologi China, Zhou Hongyi mencapai persetujuan dengan bekas isterinya, Hu Huan untuk memindah milik  saham bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) daripada syarikat keselamatan siber, Qihoo 360 Technology kepada wanita berkenaan sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian mereka, lapor portal berita inshorts semalam.

Menurut agensi berita Bloomberg, Hongyi memberikan 6.25 peratus kepentingan saham bernilai kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada Huan selepas rundingan perceraian mereka, demikian menurut pemfailan syarikat tersebut.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga lebih 20 tahun lalu.

Huan bukanlah pekerja di syarikat itu dan bukan pemegang saham sebelum perjanjian tersebut.



Hongyi, 52 yang merupakan pengerusi syarikat tersebut bagaimanapun kekal sebagai pemegang saham yang mengawal syarikat berkenaan.

Huan dilahirkan pada 1971 dan merupakan warganegara China sebelum menjadi penduduk tetap Singapura.

Taikun itu menyahsenaraikan Teknologi Qihoo 360 miliknya daripada Bursa Saham New York pada Julai 2016 dan mula berdagang pada Februari 2018 di Shanghai dan syarikat yang sama dikenali sebagai 360 Security Technology di bandar raya tersebut.

Menurut majalah Forbes, nilai kekayaan bersih taikun itu kini berjumlah AS$2.7 bilion (RM11.89 bilion). – Agensi




Baca Artikel Menarik:

Kenyataan Amelia fitnah dan aibkan A Aida Production

 


Baca Artikel Menarik:

Ini doa untuk Puteri Sarah – Ibu Syamsul



 


Baca Artikel Menarik:

Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

 


Recommended for you

Umno to plead with Agong for Najib’s pardon in SRC case, sec-gen says


Recommended for you

 

Ex-PWD engineer charged again for soliciting bribes



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker