Takut berdebat, Kit Siang buat ‘diversion’

oleh Ab Jalil Backer

Tuduhan Lim Kit Siang bahawa Najib Razak membiayai gerakan cybertroopers menyerang DAP merupakan satu usaha “diversion” dari kritikan.

DAP dan Kerajaan sedang berhadapan kemarahan dan kritikan tajam rakyat. Lim sendiri menjadi bahan jenaka apabila membatalkan perdebatan beliau dengan Najib Razak yang beliau sendiri tetapkan tajuk dan peraturan.

Bagi meremehkan kemarahan dan kritikan rakyat ini maka Najib Razak dijadikan sebagai bogeyman.

Penggunaan gambar pegun petikan dialog satu kumpulan WhatsApp bagi membuktikan dakwaan tersebut juga menunjukkan keterdesakan Lim mengubah topik politik.

Gambar pegun tersebut bukan baru. Telah berlegar sejak bermingggu lalu. Namun Kit Siang perlu menggunakan semula bagi menyelamatkan dirinya.

Sesiapa sahaja boleh mencipta kumpulan WhatsApp seperti itu. Malah ini merupakan kepakaran RBA DAP sejak dahulu.

Adalah mustahil untuk Najib Razak yang berhadapan pembekuan akaun, perampasan harta dan kehilangan rakan-rakan dalam dunia perniagaan, mampu membiayai apa-apa gerakan Cybertroopers secara besar-besaran seperti dakwaan Kit Siang.

Kit Siang perlu menerima hakikat bahawa kemarahan dan kritikan terhadap kerajaan adalah sesuatu yang terlalu besar untuk dianggap sebagai gerakan yang dibuat-buat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker