[VIDEO] Baka kuda Akhal-Teke, unik dengan pelbagai warna

KITA biasa melihat kuda dari pelbagai jenis baka dengan pelbagai warna; hitam, coklat, putih dan belang putih hitam.

Tetapi pernahkah anda mendengar tentang baka kuda Akhal-Teke?

Ia sejenis baka istimewa kerana kuda dari baka ini mempunyai warna yang lebih pelbagai, termasuk keemasan.

Kuda Akhal-Teke boleh ditemui dalam warna seperti hitam, chestnutcremelloperlinopalomino dan kelabu.



Paling menakjubkan, ia juga boleh ditemui dalam warna keemasan, berkilau seakan logam yang disalut emas.

Salah satu warna kuda ini ialah keemasan, seakan logam yang disalut emas.

Salah satu warna kuda ini ialah keemasan, seakan logam yang disalut emas.

Kuda Akhal-Teke merupakan lambang kebangsaan bagi negara Turkmenistan dan dianggap sebagai salah satu baka kuda tertua yang masih hidup di dunia.

Ketika ini, dianggarkan hanya terdapat kira-kira 8,000 kuda Akhal-Teke di seluruh dunia, dengan majoriti boleh ditemui di Turkmenistan dan Russia.



Selain warna yang luar biasa, ia juga terkenal dengan kepantasan dan ketahanan dalam melalui tempoh perjalanan panjang.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=wHSBIpBMSCg[/embedyt]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker