Kronologi Desakan Menuntut Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Isu “lembu punya susu sapi dapat nama” dalam isu pemansuhan syarat i-Sinar ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia sudah lama diperjuangkan secara konsisten oleh beberapa individu dan parti sejak sekian lama.

Masyarakat kini bukan lagi “buta informasi” atau tidak tahu menahu yang mudah ditipu sesuka hati. Ada juga yang tanpa segan silu cuba mengambil ‘kredit’ apabila kerajaan akhirnya tunduk akur mengikut desakan rakyat, sehingga terpaksa ‘mengorbankan’ CEO KWSP bagi menutup malu. Jika tidak, tentu kerajaan boleh mansuhkan syarat lebih awal iaitu pada hari pertama i-Sinar dilancarkan.

Tetapi dengan mudah juga rakyat sudah boleh mengetahui siapa yang berjuang untuk rakyat dan siapa yang asalnya tidak mahu ia dilaksanakan malah mengambil peluang menyalahkan atau menyindir mereka yang memperjuangkannya, hatta individu di dalam kerajaan itu sendiri.

Rakyat juga boleh menilai dan tahu ada Ahli Parlimen serta ahli politik yang hanya mendiamkan diri kerana menjaga jawatan masing-masing dalam kerajaan, namun setidak-tidaknya mereka tidak menyindir usaha mana-mana pihak selama ini.

Justeru semakan dibuat ke atas beberapa portal parti utama dalam Perikatan Nasional, akaun Facebook tertentu serta carian secara umum di Google dengan memasukkan kata kekunci (keywords) khusus antaranya seperti “(nama parti atau NGO) desak i-Sinar dimudahkan”, “(nama parti atau NGO) gesa kerajaan mansuh syarat i-Sinar” “desak i-Sinar dimudahkan”, “gesa mansuhkan syarat i-Sinar”, “mansuhkan syarat ketat KWSP” dan lain-lain kata kekunci berkaitan.

Ini bertujuan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan bagi memberi keadilan untuk semua pihak.

Berikut antara berita dan artikel yang ditemui serta amat menarik melihat siapa yang konsisten dan sabar berjuang agar rakyat beroleh manfaat serta boleh juga melihat siapa yang tiba-tiba mengambil kesempatan menonjolkan diri kononnya berjuang sejak awal, walaupun carian tidak menemui apa-apa sebelumnya bagi menyokong hujah tersebut.

Sebagai rekod, tidak semua carian yang dijumpai dimasukkan, namun sesiapa sahaja boleh membuat semakan lain bagi menambah senarai di bawah dan membuat penilaiannya sendiri.

1. 26 Oktober 2020 – “Najib cadang keluarkan RM10,000 simpanan KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.kosmo.com.my/2020/10/26/najib-beri-cadangan-keluarkan-rm10-000-simpanan-kwsp/

2. 30 Oktober 2020 “Kerajaan sukar benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP – PM.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/10/747961/kerajaan-sukar-benarkan-pengeluaran-akaun-1-kwsp-pm

3. 30 Oktober 2020 – “Masalah besar nanti jika keluar akaun 1 KWSP, kata PM.” Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/30/masalah-besar-nanti-jika-keluar-akaun-1-kwsp-kata-pm/

4. 30 Oktober 2020 – “Alizakri: Pengeluaran Akaun 1 KWSP bukan penyelamat tunggal.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/10/748208/pengeluaran-akaun-1-kwsp-bukan-penyelamat-tunggal

5. 30 Oktober 2020 – “MTUC: Benarkan keluar wang KWSP elak pekerja pinjam Ah Long.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/107742

6. 31 Oktober 2020 – “Akaun 1 KWSP: Sukar tak bermaksud mustahil, kata Najib.” Rujuk pautan;

https://mykmu.net/2020/10/31/akaun-1-kwsp-sukar-tak-bermaksud-mustahil-kata-najib/

7. 31 Oktober 2020 – “Pemuda UMNO jumpa Tengku Zafrul bincang isu akaun satu KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/107790

8. 4 November 2020 – “BN Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021: Mohon Lanjut Moratorium, Lulus Pengeluaran KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/umno-online.my/2020/11/04/bn-sebulat-suara-sokong-belanjawan-2021-mohon-lanjut-moratorium-lulus-pengeluaran-kwsp/amp/

9. 4 November 2020 – “i-Sinar: Buatlah macam i-Lestari, hapus semua syarat pengeluaran – Najib Razak.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/i-sinar-buatlah-macam-i-lestari-hapus-semua-syarat-pengeluaran-najib-razak-276005%3famp=1

10. 6  November 2020 – “Belanjawan 2021: Boleh keluar RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/11/750778/belanjawan-2021-boleh-keluar-rm500-sebulan-daripada-akaun-1-kwsp

11. 7 November 2020 – “Benarkan keluar wang KWSP satu keputusan sukar, kata PM.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/109070

12. 10 November 2020 – “Najib cadang kerajaan baiki bajet, mahu ‘one-off‘ RM10,000 KWSP.” Rujuk pautan;

http://www.pnbbcportal.com/2020/11/10/najib-cadang-kerajaan-baiki-bajet-mahu-one-off-rm10000-kwsp/

13. 11 November 2020 – “Beri syarat sokong bajet umpama hikayat Puteri Gunung Ledang.” Rujuk pautan;

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/11/beri-syarat-sokong-bajet-umpama-hikayat-puteri-gunung-ledang/

14. 11 November 2020 – “Ini bukan hikayat tetapi ini derita rakyat.” Rujuk pautan;

https://suaramerdeka.com.my/ini-bukan-hikayat-tetapi-ini-derita-rakyat/

15. 12 November 2020 – “MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang.” Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/550597

16. 12 November 2020 – “Alizakri: Hidup dengan pendapatan berkurang RM41 sebulan.” Rujuk pautan;

https://www.hmetro.com.my/node/640716/amp

17. 12 November 2020 – “Pertahan kehilangan RM41 sebulan, mungkin saya orang paling dibenci di Malaysia sekarang – CEO KWSP.” Rujuk pautan;

https://mykmu.net/2020/11/12/pertahan-kehilangan-rm41-sebulan-mungkin-saya-orang-paling-dibenci-di-malaysia-sekarang-ceo-kwsp/

18. 15 November 2020 – “Kementerian Kewangan tersalah fakta perbandingan antara KWSP dan skim ‘SUPER’ Australia.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/18820

19. 16 November 2020 – “i-Sinar KWSP penuhi keperluan rakyat – Tengku Zafrul.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/11/754913/i-sinar-kwsp-penuhi-keperluan-rakyat-zafrul

20. 16 November 2020 – “Kesilapan pengiraan Kementerian Kewangan hanya membuktikan cadangan Najib wajar dilaksanakan.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/18827/

21. 17 November 2020 – “KWSP jangan terlalu bersyarat, luaskan penerima i-Sinar – Najib.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/18874/

22. 17 November 2020 – ” ‘Government shutdown’ jika Belanjawan 2021 tidak lulus.” Rujuk pautan;

https://ismaweb.net/2020/11/17/government-shutdown-jika-belanjawan-2021-tidak-lulus/

23. 20 November 2020 – “BN guna semua saluran desak isu akaun 1 KWSP, moratorium, kini terpulang pada PN.”

Rujuk pautan;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/20/bn-guna-semua-saluran-desak-isu-akaun-1-kwsp-moratorium-kini-terpulang-pada-pn/

24. 25 November 2020 – “Surat rayuan kepada PM, Najib, Anwar dan Zulkifli” (Rayu PM lulus i-Sinar dan moratorium tanpa syarat, puji cadangan Najib setta mohon beliau tidak tolak bajet, hargai 6 usul PH (tiada cadangan keluar KWSP) serta mohon Anwar sokong bajet, mohon Zulkifli jadi perantara antara 3 pemimpin ini). Rujuk pautan;

https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/25/surat-rayuan-kepada-pm-najib-anwar-dan-dr-zulkifli/

25. 26 November 2020 – “Kerajaan lulus pengeluaran ‘one off’ Akaun 1 KWSP (bersyarat).” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19268/

26. 2 Disember 2020 – “KWSP umum dua kategori ahli layak mohon i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/113005

27. 2 Disember 2020 – “Menanti perincian keluar KWSP, Najib risau i-Sinar jadi ‘i-kecewa, i-kencing’.” Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/02/menanti-perincian-keluar-kwsp-najib-risau-i-sinar-jadi-i-kecewa-i-kencing/

28. 2 Disember 2020 – “Dek syarat i-Sinar KWSP, FB Muhyiddin, Tengku Zafrul diserang netizen.” Rujuk pautan;

https://suaramerdeka.com.my/dek-syarat-i-sinar-kwsp-fb-muhyiddin-tengku-zafrul-diserang-netizen/

29. 3 Disember 2020 – “Syarat i-Sinar terlalu ketat, tidak adil – Pakar ekonomi.”

https://ismaweb.net/2020/12/03/syarat-i-sinar-terlalu-ketat-tak-adil-pakar-ekonomi/

30. 3 Disember 2020 – “Benarkan pengeluaran KWSP tanpa syarat, Najib beri amaran pencarum sudah jadi ‘pencarut’.” Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/03/benarkan-pengeluaran-kwsp-tanpa-syarat-najib-beri-amaran-pencarum-sudah-jadi-pencarut/

31. 3 Disember 2020 -” Kenapa rakyat masih marah dalam isu pengeluaran wang Akaun 1 KWSP?” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19440/

32. 3 Disember 2020 – “Pertanyaan Najib mengenai i-Sinar KWSP terima 49,000 komen.” Rujuk pautan;

https://mykmu.net/2020/12/03/pertanyaan-najib-mengenai-i-sinar-kwsp-terima-49000-komen/

33. 4 Disember 2020 – “Rakyat lancar petisyen desak KWSP pinda syarat i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://ismaweb.net/2020/12/04/rakyat-lancar-petisyen-desak-kwsp-pinda-syarat-i-sinar/

34. 5 Disember 2020 – “Gagal memahami definasi rakyat terjejas, CEO KWSP perlu letak jawatan atau dipecat.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19532/

35. 6 Disember 2020 – “i-Sinar tidak bersyarat, kriteria permohonan selari data KWSP.”

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/762026/i-sinar-tidak-bersyarat-kriteria-permohonan-selari-data-kwsp

36. 6 Disember 2020 – “i-Sinar KWSP: Apa bezq kriteria dengan syarat?” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19552/

37. 7 Disember 2020 – Asyraf sudah hubungi CEO KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/113724

38. 7 Disember 2020 – “Kenapa Pemuda UMNO pilih perjuangkan isu KWSP bagi pihak rakyat? Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19573/

39. 7 Disember 2020 – “Mansuh syarat i-Sinar: Asyraf Wajdi sudah hubungi CEO KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/113724

40. 8 Disember 2020 – “UNI-MLC gesa KWSP permudah proses i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/113869

41. 14 Disember 2020 – “i-Sinar KWSP dan moratorium: Pemuda UMNO kumpul dan serah aduan rakyat kepada Kementerian Kewangan.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19833/

42. 15 Disember 2020 – “Sokong bajet 2021 tetapi tetap desak tambah baik i-Sinar KWSP dan moratorium.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/19906/

43. 25 Disember 2020 – “Najib bertemu kerajaan PN, bincang KWSP dan moratorium, kerajaan kata sudah elok.” Rujuk pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157577351640952&id=157851205951

44. 26 Disember 2020 – “i-Sinar KWSP: Najib belum mahu mengalah, desak kriteria dimansuh.” Rujuk pautan;

https://www.edisi9.com.my/2020/12/i-sinar-kwsp-najib-belum-mahu-mengalah-desak-kriteria-dimansuh/

45. 31 Disember 2020 – “Keputusan kerajaan kekal, saya tiada kuasa untuk bantu rakyat – Najib Razak.” Rujuk pautan;

https://mykmu.net/2020/12/31/keputusan-kerajaan-kekal-saya-tiada-kuasa-untuk-bantu-rakyat-najib-razak/

46. 3 Januari 2021 – “Najib terus desak kerajaan hapus syarat pengeluaran i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/118185

47. 3 Januari 2021 – “Sekolah dah nak buka, Pemuda UMNO terus desak kerajaan tarik balik syarat i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/03/sekolah-dah-nak-buka-pemuda-umno-terus-desak-kerajaan-tarik-balik-syarat-i-sinar/

48. 4 Januari 2021 – “Pemuda UMNO: i-Sinar atau i-Kecewa? Mana janji untuk permudahkan urusan rakyat?” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/umno-online.my/2021/01/04/i-sinar-atau-i-kecewa-mana-janji-untuk-permudahkan-urusan-rakyat/amp/

49. 8 Januari 2021 – “Najib terus desak kerajaan hapus syarat pengeluaran i-Sinar.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/118185

50. 12 Januari 2021 – “Di ambang darurat, UMNO desak selesai isu i-Sinar, moratorium.” Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/di-ambang-darurat-umno-desak-selesai-isu-i-sinar-moratorium/

51. 1 Februari 2021 – ” ‘Kluster KWSP’ makin membimbangkan, Najib kemuka cadangan.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/umno-online.my/2021/02/01/kluster-kwsp-makin-membimbangkan-najib-kemuka-cadangan/amp/

52. 8 Februari 2021 – “Pemuda UMNO desak KWSP mansuhkan kriteria pengeluaran i Sinar.” Rujuk pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/562203

53. 8 Februari 2021 – “KWSP memohon maaf pada paparan status permohonan i-Sinar online” (ada yang dapat status lulus tetapi belum disahkan). Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/285352233398/posts/10158934173838399/

54. 10 Februari 2021 – “Amir Hamzah ganti Alizakri Sebagai CEO KWSP.” Rujuk pautan;

https://www.editormalaysia.com/21587/

55. 11 Februari 2021 – “Kerajaan dijangka umum i-Sinar tanpa syarat.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/123470

56. 11 Februari 2021 – “KWSP dalam proses mansuh syarat i-Sinar: Tengku Zafrul.” Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/123494

57. 11 Februari 2021 – “Armada: ‘Yak yak yeay,’ terima kasih Abah PM8.” Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/103136058144211/posts/226141879176961/

58. 12 Februari 2021 – “Setiausaha PN Johor: Mansuh syarat i-Sinar bukti kerajaan dengar keluhan rakyat” (atas nasihat Perdana Menteri dan bukti Muhyiddin dan kerajaan ambil kisah keluhan rakyat, bukan untuk ‘political mileage‘). Rujuk pautan;

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/mansuh-syarat-i-sinar-bukti-kerajaan-dengar-keluhan-rakyat/

59. 11 Februari 2021 – “Fadhli Shaari: PAS ikut adab, menyuarakan isu KWSP kepda kerajaan secara ‘bisik-bisik’ dan bertegas bila perlu.” Rujuk pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156671009589567&id=594749566

60. 12 Februari 2021 – “i-Sinar: Ahli Parlimen PAS ‘done claim’.” Rujuk pautan;

https://suaramerdeka.com.my/i-sinar-ahli-parlimen-pas-done-claim/

Justeru cukup dengan 60 berita dan pautan yang diberikan bagi

semua pihak terutamanya rakyat untuk membuat penilaian siapakah yang sebenarnya bertungkus lumus memastikan rakyat terbela.

Sesiapa jua boleh membuat rumusan sendiri mengikut kecenderungan politik masing-masing ataupun memuji sesiapa sahaja hatta diri dan partinya sendiri namun hakikatnya “internet tidak pernah menipu”.

Yang sentiasa menipu dan berhelah adalah manusia itu sendiri.- editormalaysia.com

Kredit: UMNO Online

Menanti Perincian Keluar KWSP, Najib Risau i-Sinar Jadi ‘i-Kecewa, i-Kencing’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker