Keputusan kerajaan kekal, Saya tiada kuasa untuk bantu rakyat – Najib Razak

PETALING JAYA: Najib Razak berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan kerajaan demi kebaikan rakyat, termasuk isu pengeluaran simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa syarat.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, beliau akan terus menjadi pengkritik kerajaan supaya kebajikan rakyat terus terjamin, khasnya selepas krisis COVID-19 yang menjejaskan kehidupan ramai.

“Realitinya, saya bukanlah kerajaan dan kuasa membuat keputusan tidak berada di tangan saya.



“Saya cuma mampu bawa suara rakyat dan memberi tekanan kepada kerajaan agar suara rakyat didengar dan dihormati dan ini akan saya teruskan kerana bagi saya, tak ada perkara lebih penting lagi daripada kebajikan rakyat,” katanya dalam siaran langsung di Facebooknya bagi merungkai peristiwa sepanjang tahun ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun hasrat melihat kerajaan tidak mengenakan sebarang syarat terhadap pengeluaran simpanan KWSP dan lanjutan moratorium tidak dilaksanakan sepenuhnya, sekurang-kurangnya Barisan Nasional memberi tekanan kepada kerajaan sehingga syarat ketat dilonggarkan satu persatu.

“Saya dan BN telah memperjuangkan agar rakyat diberi kelonggaran mengeluarkan duit KWSP, daripada tidak diberi langsung kerajaan sebelum Belanjawan 2021, kita terus berjuang sampai kira-kira 600,000 pencarum layak keluarkan, saya dan BN tidak berpuas hati juga kerana syarat ketat dikenakan, kita lawan lagi sampai 2 juta ahli diberi dan akhirnya sehingga 8 juta layak memohon sekarang.

Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira



“Sudah tentu saya rasa susah hati kerana apa yang kita mahukan ialah pengeluaran (simpanan KWSP) tanpa apa-apa syarat. Saya tak faham kenapa jutaan rakyat dipaksa beratur panjang di pejabat KWSP ketika COVID-19 untuk menyerahkan bukti dokumen, pada saya langkah ini tak masuk akal dan membahayakan ramai.”

Beliau turut kecewa dengan bank yang tidak bertolak ansur untuk meringankan beban rakyat dengan memudahkan permohonan melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik.

“Mereka mementingkan keuntungan daripada mempertimbangkan masalah rakyat.”



Katanya, beliau memberikan banyak saranan kepada kerajaan, dengan kebanyakannya diterima dan ada yang ditolak.

Pada 2 Dis lalu, KWSP mengumumkan dua kategori pencarum dibenar mengeluarkan simpanan, iaitu individu bekerja sendiri, pekerja sektor formal dan ekonomi gig, ahli sudah lama tidak mencarum, suri rumah, pencarum hilang pekerjaan atau diberikan notis cuti tanpa gaji, serta ahli yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% selepas Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Najib mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya, Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia 18 Dis lalu.

“Ini adalah penghormatan tertinggi kepada arwah bonda saya.”



Tiada masa cerita politik, kebajikan rakyat lebih penting – Annuar Musa

Related Articles

One Comment

  1. DS ada kuasa untuk menjatuhkan PN tapi DS telah memilih untuk kekalkan PN demi kepentingan yang DS saja yang tahu.
    Tak apa biar kami sahaja yang jatuhkan PN..
    UMNO tak perlu buat apa2..
    Kami sudah tahu PN penipu..

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker