Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan

Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan

Ramai dalam kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi mempunyai keyakinan parti itu mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Pemimpin kanan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa situasi itu berlaku susulan siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram (AMLA) Jana Wibawa.

“Mereka tak yakin BERSATU akan mampu bangkit daripada kesan pertuduhan sebesar kes Jana Wibawa dan mungkin BERSATU tidak akan mampu bertahan sehingga PRU akan datang,” katanya kepada BH ketika ditemui.

Susulan kebimbangan itu juga, sumber yakin ada lima lagi ahli Parlimen daripada BERSATU akan mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak yang memujuk untuk meyakinkan mereka supaya menyokong kerajaan,” katanya.

Beliau mendakwa, tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan bukan sahaja akan membabitkan dalam kalangan ahli Parlimen.

“Sebaliknya, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ketua-ketua bahagian dan yang memegang jawatan dalam sayap juga sedang menunggu masa untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada ketua bahagian dan ahli BERSATU yang lain, kebanyakan ahli dan segelintir pemimpin BERSATU sudah mula mengatur langkah untuk menyokong kerajaan.

“Cuma kini sama ada lima orang yang disebut tadi akan mempengaruhi rakan mereka yang lain atau parti akan cuba mengembalikan keyakinan mereka.

“Ada maklumat kata jumlah Ahli Parlimen BERSATU yang akan menyokong kerajaan seramai 11 orang, tetapi saya yakin hanya sembilan dengan empat sudah mengumumkannya, tinggal lagi lima,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber itu menyokong dakwaan seorang blogger yang mendakwa harga setiap wakil rakyat BERSATU adalah di antara RM4 juta hingga RM6 juta setiap seorang.

“Mereka yang mengisytiharkan sokongan ini ada beberapa faktor, bukan sebab wang semata-mata tetapi wang adalah di antara motivasi utama mereka.

“Selain itu, ada juga kemungkinan yang mahu melindungi diri daripada didakwa dalam apa-apa kesalahan,” katanya.

Ditanya sama ada dakwaan Perikatan Nasional (PN) terdapat ‘broker’ politik yang cuba ‘membeli’ ahli Parlimen untuk menyokong kerajaan, sumber itu berkata, perkara itu sudah pasti berlaku dan dikukuhkan lagi dengan usaha Perdana Menteri sendiri yang mengutuskan surat dan meminta semua ahli Parlimen bersama menyokong kerajaan.

Empat MP PN sokong kerajaan

Setakat ini, empat Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dengan antara lain alasan diberi demi memastikan peruntukan disalurkan kerajaan kepada rakyat dalam kawasan masing-masing.

Tindakan itu dimulakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid, disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sebelum Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, menyusul.

Susulan itu, pihak BERSATU akan membuat laporan polis serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat berhubung pernyataan penarikan sokongan pemimpinnya kepada kerajaan.

Ini susulan dakwaan kemungkinan terdapat tawaran habuan lumayan yang diberikan kepada mereka sehingga mengubah pendirian sokongan kepada kerajaan pimpinan Anwar. BH

Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker