DAP ada 40 ahli parlimen, Anwar terpaksa turut manifesto DAP – Mahathir

Mahathir mengulas mengenai DAP, bekas ahli  Parlimen Langkawi itu berkata parti itu “mengikat” Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan jumlah kerusi dimenanginya.

“Ya. DAP cuma ada empat menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli (parlimen) DAP. Jika DAP tarik diri kerajaan Anwar akan jatuh.

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khusus menjadi Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.



“Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),” katanya lagi.

Dia sebelum ini mendakwa orang bukan Melayu sedang berusaha untuk menukar “nama dan pemilikan” Malaysia

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan mempromosi negara berbilang bangsa adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hantaran terbaru di media sosial Facebooknya hari ini, Mahathir sekali lagi membangkitkan isu yang dekat dengan hatinya mengenai ancaman DAP kepada orang Melayu dan Islam.



Mahathir berkata, apa yang dibangkitkanya adalah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan sekarang mendakwa Malaysia adalah negara demokratik. Kononnya ada kebebasan bersuara.

“Saya hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

“Sebaliknya bertentangan perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa. Apakah kerajaan sekarang menolak the rule of law, termasuk Perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum.



“Sebaliknya perlembagaan menekankan kemelayuan Malaysia,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker