Polis akan panggil syarikat pembinaan dikaitkan insiden kebakaran paip gas

Polis akan panggil syarikat pembinaan dikaitkan insiden kebakaran paip gas

Polis akan panggil syarikat pembinaan dikaitkan insiden kebakaran paip gas
PKetua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat pada sidang media di di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Putra Heights. – Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN.

SUBANG JAYA : Syarikat pembinaan yang dikaitkan dengan insiden kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Heights, di sini akan dipanggil untuk siasatan.

Polis akan panggil syarikat pembinaan dikaitkan insiden kebakaran paip gas

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan punca kejadian itu.

“Dalam proses untuk menyiapkan sedikit siasatan dan kontraktor itu kita akan dipanggil nanti, sebarang perkembangan masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini, hari ini.

Katanya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian ini.

“Ini meliputi integriti paip, salah satu paip sudah berlaku ledakan, dua lagi saluran masih baik dan mereka masih mengkaji ledakan di saluran ini. Kita akan dapatkan punca berlakunya kejadian ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Dalam pada itu katanya, sebanyak 66 laporan polis diterima setakat petang ini.

“Dari segi ketegori, kalau dibuat mangsa atau penghuni adalah rumah terjejas atau terbakar.

“Bagi rumah mengalami kesan ledakan ada 32 leporan. Kenderaan terjejas ada 29 laporan, sementara laporan cedera ada empat dan satu laporan berkaitan tanah lot,” katanya.

Polis akan panggil syarikat pembinaan dikaitkan insiden kebakaran paip gas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker