Kelong roboh: Pemancing hilang ditemui maut
Kelong roboh: Pemancing hilang ditemui maut

BATU PAHAT: Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas sebuah kelong memancing roboh di Sungai Lurus di sini, awal pagi tadi, ditemui maut kira-kira 0.8 batu nautika dari Parit Hailam, Senggarang.
Mayat Mohd Faizal Mohd Nor, 45, dijumpai tersangkut pada runtuhan kelong itu kira-kira jam 3.50 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mayat mangsa berjaya dibawa naik ke darat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan lanjut.
“Mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HSNI untuk pemeriksaan dan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Mangsa adalah pekerja ladang di Renggam, Simpang Renggam, manakala siasatan ketika ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Shahrulanuar Mushaddat berkata, hasil siasatan awal mendapati kelong berkenaan dipercayai roboh akibat angin kencang yang melanda beberapa kawasan, termasuk lokasi kejadian, malam tadi.
“Insiden itu menyebabkan kelong terbabit musnah sama sekali ketika lapan pemancing sedang memancing dari atasnya.
“Bertindak atas maklumat, operasi SAR diaktifkan oleh polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.
Beliau berkata, tujuh lagi mangsa yang diselamatkan ialah empat lelaki tempatan berusia 30 hingga 51 tahun dan tiga warga Indonesia berumur 31 hingga 41 tahun.
Terdahulu, media melaporkan sekumpulan pemancing terjatuh ke laut selepas kelong itu roboh kira-kira jam 2 pagi tadi.
Seorang daripada tujuh mangsa yang terselamat kemudian sempat menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Kelong roboh: Pemancing hilang ditemui maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.