Trak terbalik disondol gajah
Trak terbalik disondol gajah

NEW DELHI – Satu rakaman video tular memaparkan seekor gajah menterbalikkan sebuah trak mini di sebatang jalan raya yang sunyi di India, lapor saluran berita NDTV semalam.
Video itu dimuat naik baru-baru ini dan mencetuskan perbahasan baharu mengenai kepentingan memberi ruang dan penghormatan sewajarnya kepada hidupan liar.
Bekas pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Susanta Nanda memuat naik klip video itu dengan menyatakan, tindakan gajah tersebut mencerminkan bukan sahaja kekuatan tetapi juga tekanan yang dialaminya.
Sebahagian netizen memberikan komen dengan salah seorang menulis: “Mengapa tidak sediakan koridor khas (laluan haiwan) di bandar, kota atau lebuh raya sebagai penghormatan kepada haiwan liar?”
Seorang netizen lain berkata: “Ketika memandu atau melalui jalan seperti ini, jika terserempak dengan haiwan liar, kecil atau besar, tunggulah dengan sabar.
“Jangan bunyikan hon, jangan panik. Haiwan liar akan pergi dengan sendiri,” katanya. – AGENSI
Trak terbalik disondol gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.