Pemandu kereta ‘sport’ maut, Toyota GR bertembung bas ‘pink’

Pemandu kereta ‘sport’ maut, Toyota GR bertembung bas ‘pink’

Pemandu kereta 'sport' maut, Toyota GR bertembung bas 'pink'
Kemalangan membabitkan kereta mewah dan bas henti-henti di Jalan Krubong-Sungai Badau dekat Cheng, Melaka, pagi tadi. – Foto JBPM Melaka

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas ‘supercar’ dipandunya dipercayai bertembung dengan bas henti-henti di Jalan Krubong–Sungai Badau, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Cheng, Mohd Norsyah Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.40 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama enam anggota dari BBP Cheng dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

@bharianmy

Pemandu kereta ‘sport’ maut, Toyota GR bertembung bas ‘pink’ beritaditiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

“Terdapat dua mangsa, iaitu pemandu bas berusia 34 tahun dan pemandu kereta Toyota GR berusia 26 tahun, masing-masing tersepit di tempat pemandu dan berjaya dikeluarkan.

“Pemandu bas yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dengan ambulans manakala pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 9.57 pagi.

Pemandu kereta ‘sport’ maut, Toyota GR bertembung bas ‘pink’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker