CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Nov – UMNO akan terus memainkan peranan secara konstruktif sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dalam memelihara kestabilan politik, memperkukuh institusi demokrasi dan memastikan negara ditadbir dengan berkesan demi kepentingan rakyat.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerjasama rentas parti menerusi pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) merupakan antara pendekatan penting dalam memastikan kestabilan politik serta memperkukuh agenda reformasi institusi negara.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO menyambut baik pendirian Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menyokong pelaksanaan CSA serta mencadangkan supaya kerjasama itu diperluaskan kepada parti-parti dalam Blok Pembangkang.
“Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, UMNO akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memelihara kestabilan politik, memperkukuh institusi demokrasi dan memastikan negara dapat ditadbir dengan berkesan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Menurut Azalina, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama demi kestabilan negara, malah pendekatan itu membuka ruang kepada 218 Ahli Dewan Rakyat untuk bersama-sama mencerminkan kematangan demokrasi berparlimen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertahan Asahan, Kempen Matang Jadi Keutamaan – Fairul
- BN Perlu Bentuk Kerajaan Melaka Yang Kuat Dan Kukuh
- PRN Melaka 2026: Bertanding Dengan Bermaruah, Berkempen Dengan Berhemah
Gema Melaka: Ahmad Zahid Tekankan Pembinaan Generasi Masa Depan
Katanya, kerjasama rentas parti yang lebih menyeluruh amat penting dalam membina konsensus Parlimen bagi menjayakan reformasi institusi, khususnya pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
“Reformasi yang melibatkan kepentingan negara dan pindaan Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat penelitian serta sokongan merentas parti,” katanya.
Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan suara rakyat yang diwakili Ahli Parlimen masing-masing turut terlibat dalam menentukan hala tuju dan masa depan institusi negara menerusi proses perbahasan serta pengundian di Parlimen.
Azalina turut menegaskan bahawa kerjasama politik yang konstruktif perlu terus diperkukuh bagi memastikan kestabilan negara dan keberkesanan pentadbiran demi kepentingan rakyat. – UMNO Online
CSA: Kestabilan Politik Dan Reformasi Institusi Demi Kepentingan Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Kesepaduan Jentera Jadi Kekuatan BN – Mohamad Hasan
- Pas-BN Di Melaka: Menyatukan Melayu, Memperkukuh Kekuatan Bangsa
- Rais Tolak Politik Kebencian, Mahu Terus Berkhidmat Untuk Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.