Polis tumpas kumpulan curi kenderaan mewah di beberapa negeri

Polis tumpas kumpulan curi kenderaan mewah di beberapa negeri

Polis tumpas kumpulan curi kenderaan mewah di beberapa negeri
ANTARA barang rampasan daripada suspek yang ditahan polis di Cheras, Selangor petang kelmarin. FOTO IHSAN POLIS.

SEREMBAN: Dua suspek masing-masing memiliki 61 dan 77 rekod jenayah termasuk menjadi buruan kes cubaan bunuh, antara yang ditahan selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri kenderaan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian terbaharu di daerah ini apabila seorang lelaki membuat laporan polis kereta jenis Honda Civic RS miliknya dilarikan.

“Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu kelmarin, mangsa mendakwa suspek mengambil kunci keretanya di sebuah pusat cuci kenderaan sebelum melarikannya.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 5.30 petang pada hari sama, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Risilan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSPD) Seremban berjaya menahan tiga suspek,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Hatta berkata tiga lelaki berusia 34 hingga 48 tahun itu ditahan di Cheras, Selangor dan pihaknya turut berjaya merampas kereta yang dilaporkan hilang kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Katanya, susulan kejayaan tangkapan dalam masa kira-kira tujuh jam itu, pihaknya turut berjaya merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya, Selangor pada 16 Mei.

“Kami juga merampas peralatan khas untuk mencuri kenderaan seperti mesin `programmer’, peralatan pembuka kunci tambahan, mesin `jammer’ dan 12 pasang nombor pendaftaran kenderaan.

“Selain itu, beberapa kunci kenderaan, tujuh kad Touch n Go dan pelbagai beg tangan berjenama juga dirampas. Malah pemeriksaan lanjut menemui tujuh paket dadah disyaki jenis syabu, heroin dan pil yaba,” katanya.

Mohamad Hatta berkata semakan mendapati seorang suspek mempunyai 77 rekod jenayah dan dua rekod dikehendaki atas kesalahan dadah dan curi kenderaan mewah manakala seorang lagi suspek mempunyai 61 rekod jenayah dan masih dikehendaki atas kesalahan cubaan membunuh di Bentong, Pahang.

Katanya, hasil ujian saringan urin mendapati semua suspek positif dadah jenis methaphetamine.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, siasatan awal mendapati suspek sama disyaki terbabit dengan 13 kes curi kenderaan mewah di sekitar Seremban, Lembah Klang, Melaka dan Batu Pahat, Johor.

Polis tumpas kumpulan curi kenderaan mewah di beberapa negeri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker