Trofi ini padam musim suram Spurs – Johnson

Trofi ini padam musim suram Spurs – Johnson

Trofi ini padam musim suram Spurs - Johnson
JOHNSON puas muncul wira tamatkan kemarau Spurs. FOTO Reuters

Bilbao: Penyerang Tottenham Hotspur, Brennan Johnson menyifatkan kejayaan menjulang trofi Liga Europa sebagai penawar kepada musim paling mengecewakan buat dirinya dan kelab itu.

Johnson muncul wira Spurs selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-42 bagi memastikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United dalam aksi final di Stadium San Mames, awal pagi tadi sekali gus menamatkan penantian 17 tahun tanpa trofi, dan merangkul kejuaraan Eropah pertama sejak 1984.

“Saya rasa sangat gembira sekarang,” katanya sambil tersenyum ketika ditemubual TNT Sports.

“Musim ini memang tak bagus langsung, tapi sumpah… sekarang ini, tiada siapa pun dalam pasukan yang peduli mengenai itu. Inilah yang kami perjuangkan. Kelab ini sudah lama tak menang apa-apa, 17 tahun tanpa trofi.

“Jujurnya, kemenangan ini sangat besar maknanya. Penyokong selalu kena kecam, kami pun sama sebab tak menang apa-apa, sebab dikatakan tak cukup bagus. Tapi hari ini kami buktikan sesuatu. Saya sangat bahagia,” katanya dengan nada penuh emosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Sepanjang musim ini, kempen Liga Europa menjadi satu-satunya sinar buat kedua-dua pasukan yang berdepan prestasi merudum dalam Liga Perdana Inggeris dengan United menamatkan musim di tangga ke-16 dan Spurs setingkat di bawah.

“Sejak saya tiba di kelab ini, orang selalu cakap ‘Tottenham pasukan bagus tapi tak pernah habis kerja’. Tapi malam ini kami habiskan kerja itu,” katanya, merujuk kepada reputasi Spurs yang sering gagal menamatkan kempen dengan trofi.

Gol jaringan Johnson bukanlah gol tercantik hasil hantaran lintang Pape Sarr yang terkena dirinya dan pemain pertahanan United, Luke Shaw sebelum bola melepasi garisan walaupun penjaga gol Andre Onana cuba menyelamatkan percubaan itu.

“Saya tahu saya sentuh bola itu, tapi masa saya tengok semula, saya tak pasti. Tapi bila bola perlahan-lahan masuk ke gawang, perasaannya tak dapat digambarkan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Di penghujung perlawanan, United menggandakan asakan dan hampir menyamakan kedudukan termasuk percubaan Rasmus Hojlund yang ditendang keluar atas garisan oleh Micky van de Ven, serta tandukan Shaw yang ditepis oleh Guglielmo Vicario.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Namun tiada yang mengubah keputusan, dan malam di Bilbao menjadi milik Tottenham serta Johnson yang menulis sejarah bersama mereka.

 

Trofi ini padam musim suram Spurs – Johnson

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker