Rodri, Haaland kembali jalani latihan

Rodri, Haaland kembali jalani latihan

Rodri, Haaland kembali jalani latihan
RODRI sudah kembali berlatih. FOTO REUTERS

Manchester: Pemain tengah Manchester City, Rodri kembali menjalani latihan buat pertama kali sejak mengalami kecederaan lutut serius pada September lalu, kata pengurus Pep Guardiola, hari ini.

Ketiadaan pemain antarabangsa Sepanyol itu selepas menjalani pembedahan ligamen anterior cruciate (ACL) dianggap sebagai faktor utama kemerosotan City dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kelima berturut-turut.

Walaupun pemulihan pemain berusia 28 tahun itu mungkin sudah terlambat untuk musim ini, kehadirannya kembali di padang memberikan suntikan semangat kepada pasukan.

Guardiola turut mengesahkan penyerang Norway, Erling Haaland kembali berlatih selepas tidak beraksi sejak 30 Mac lalu akibat kecederaan buku lali.

Namun, dia dijangka tidak akan diturunkan dalam aksi menentang Wolverhampton Wanderers, Sabtu ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Menurut Guardiola, Rodri kini berada di bawah pemantauan pasukan perubatan kelab dan hanya akan diturunkan apabila mendapat lampu hijau daripada doktor.

“Apabila fisioterapi dan doktor beritahu Rodri sudah boleh bermain, barulah dia akan diturunkan. Tapi saya hanya akan ikut apa yang doktor beritahu,” kata Guardiola.

“Ia kecederaan yang sukar. Doktor anggarkan antara tujuh hingga 11 bulan pemulihan. Dia rasa sangat baik dan menjalani sesi demi sesi setiap hari, tetapi kami perlu berhati-hati supaya tidak ambil langkah ke belakang dan menyebabkan dia cedera semula,” katanya lagi.

Haaland, 24, pula cedera ketika kemenangan 2-1 ke atas Newcastle di suku akhir Piala FA.

Rodri, Haaland kembali jalani latihan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker